Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.tau] | ڤرنتاو

Definisi : 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ran.tau] | ڤرنتاو

Definisi : orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pergi ke pulau memetik mengkudu,
     Hendak dikirim ke Surabaya;
Adat perantau memang begitu,
     Sampai musim pulanglah dia.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
Tuan/Puan Di Sini saya lampirkan e-mail yang saya terima dari tempat ker Soalan saya yang palng utama ialah berkenaan pantun di bawah. Kitaketepikan Maksud Pantu rangkp 2 dan 3. Yang saya persoalkan adalah pembayangnya rangkap 1 dan 2. Sayatak mahu memakukan Negeri saya serta rakyatnya. Pantun ini harus saya ucapkandi PA semasa ketibaan. Jika pantun ini tidak melambangkan ciri pantun melayu asli (pada saya tidak langsung). Saya meminta pohak DBP berhubung dengan Malaysia Airlines atas kurang prihatinmereka akan Pabtu Melayu berzaman yang halus dan cukup indah Subject : NEGARKU CAMPAIGN Initiative – After Landing Announcement (Effective Immediately) Dear Cabin Crew, With reference to the circular below, please be informed that the Negaraku Campaign Initiative will take effect immediately. The After Landing Announcement (please see attachment) should include one of the following: 1. Pantun (Preferred; If Crew is confident in the delivery) Membeli gelang di Pasar Karat, Untuk hantaran si anak dara, Negaraku lambang kesatuan rakyat, Selamat pulang, perantau Negatakuj Minta tolong sangat dengan pendapat Tuan/Puan atas pantundi atas. Terima KasihSalam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan pandangan tuan, memang betul pembayang pantun tersebut tidak sesuai dengan maksud pantun. Pembayang kebiasaannya perlu berkaitan dengan jiwa besar, lambang Negara seperti bendera, atau alam seperti pelangi. Hal ini kerana maksud pantun ini berkaitan dengan jiwa dan semangat perantau.

Sekian, terima kasih.
Makna20.06.2017

Kembali ke atas