Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.tu.ran]/[per.a.tu.ran] | ڤراتورن

Definisi : 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.tu.ran]/[per.a.tu.ran] | ڤراتورن

Definisi : segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peraturan

Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 (CDCR)Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR)HerbaPeraturan dan PemasaranPeraturan-peraturan berkaitan dengan ubat, ubat tradisional dan kosmetik yang diwartakan pada bulan Jun 1984 di Malaysia dan dipinda pada tahun 2006. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ditubuhkan sebagai pihak berkuasa pelesenan. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ditugaskan untuk mengurus operasi harian berkaitan dengan pendaftaran ubat dan ubat tradisional, dan pemberitahuan/notifikasi kosmetik serta aktiviti pemantauan dan pengawasan produk-produk tersebut.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
regulatory authoritypihak berkuasa peraturanHerbaPeraturan dan PemasaranBadan yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi menguat kuasa peraturan, merangka dasar, membuat keputusan, dan memberi arahan. Contohnya, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa bagi Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia.
recursiverekursifKejuruteraanTiadaMengandung peraturan-peraturan yang memungkinkan nilai-nilai atau makna ditentukan secara pasti.
accounting fundamentalasas perakaunanPentadbiranPengurusanPeraturan-peraturan asas dalam proses penyediaan rekod urus niaga kewangan sesebuah organisasi.
import licenselesen importHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran untuk mengimport produk berdaftar. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), mana-mana syarikat yang ingin mengimport produk berdaftar perlu mempunyai lesen import yang sah dan diperbaharui secara tahunan.
control of importationkawalan pengimportanHerbaPeraturan dan PemasaranKawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah.
constitutional lawundang-undang perlembagaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSemua peraturan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menyentuh pembahagian dan pelaksanaan kuasa kerajaan. Peraturan ini termasuklah peraturan-peraturan yang menyelaraskan struktur cabang utama kerajaan dan perhubungan mereka sesama sendiri serta penentuan tugas utama masing-masing. Setiap negara mempunyai undangundang perlembagaan masing-masing. Undang-undang perlembagaan menentukan kaedah peraturan undang-undang antarabangsa diterima pakai di negara tersebut.
empiricismempirisismeKesusasteraanTiadaDalam falsafah, amalan membentuk peraturan-peraturan kerja tidak berdasarkan teori, tetapi pengalaman.
in transitdalam transitHerbaPeraturan dan PemasaranBarang atau produk dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), dalam transit didefinisikan sebagai pengambilan atau penghantaran produk berdaftar dari mana-mana negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, udara atau air, sama ada mendarat atau tidak, dipindah atau tidak di Malaysia, dengan tujuan untuk dibawa ke negara lain sama ada dengan kaedah pengangkutan yang sama atau lain tidak tertakluk kepada kawalan pengimportan.
12345678910...

Kembali ke atas