Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ban.di.ngan] | ڤربنديڠن

Definisi : 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ban.di.ngan] | ڤربنديڠن

Definisi : 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan

Peribahasa

Tiga sudah berdiri habis.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan metafora? Boleh tak memberikan satu contoh? Adakah metafora bermaksud perbandingan antara dua perkataan seperti " takhta mulia" Ataupun perbandingan antara perbandingan dua perkara seperti: anakku, permata hatiku. Adakah anak diibaratkan dengan permata hati atau hati diibaratkan dengan permata.

Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  dua perkataan.  Jenis-jenis Metafora ialah (1) metafora implisit -pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya;(2) metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan: (3) metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Makna24.02.2014
salam sejahtera. Soalan saya : Adakah 'analogi' sebagai salah satu jenis bahasa figuratif? terima kasih.analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah  kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan).
Menurut istilah Kesusasteraan, analogi merupakan suatu kaedah penyelesaian masalah berasaskan bentuk ungkapan yang telah diketahui dengan yang belum diketahui. 2. Perbandingan di antara dua perkara atau keadaan yang mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tertentu.

Bahasa figuratif, bermaksud bahasa yang mengandungi makna perkataan, rangkaikata dan sebagainya yang  bersifat abstrak dan imaginatif, berlainan daripada makna perkataan yang biasa, lazim dan harfiah, antaranya ialah ungkapan, frasa, perkataan yang memanfaatkann penggunaan bahasa kiasan, lambang, metafora dan sebagainya bagi menyatakan makna.

Saudara/saudari boleh menghubungi pakar atau pensyarah sastera di IPT bagi menjelaskan lagi persoalan ini. Saya cadangkan saudara/saudari boleh membaca Rencana fokus Dewan Sastera Oktober 2011 iaitu Bahasa Figuratif Pemanis Bicara oleh Zurinah Hassan untuk lebih memahami bahasa figuratif. Harap maklum.
Tatabahasa02.10.2012
analogiPertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara inginkan maksud perkataan ini, analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah  kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan).Istilah12.06.2009
salam, sya ingin bertanya maksud analogy yang diberikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.Padanan bahasa Melayu bagi kata analogy ialah analogi bermaksud kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan);Lain-lain11.10.2010
Kepatuhannya kepada ketua tidak boleh dibuat perbandingan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerbandingan bermaksud 1. imbangan, perimbangan, persamaan; dan 2. ibarat. Penggunaan perkataan perbandingan tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006
apakah makna gaya bahasa perbandingan dan beri ulasan terperinci berserta contoh-contohnya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa dan antara jenis gaya bahasa temasuklah perbandingan atau metafora.  Metafora ialah perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudara dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain14.07.2009
Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat

Saudara,

kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa31.12.2009
Apakah perbandingan antara kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dan sertakan contoh ayat yang sesuai dan tepat bagi penggunaan kata sendi nama "bagi" dan "untuk".Makna 'bagi' ialah a) untuk, buat. Contoh ayat buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda.Tatabahasa29.12.2009
perbezaan imbuhan bahasa inggeris dan bahasa melayu.satu perbandingan strukturSaudara perlu membuat  kajian perbandingan dengan merujuk buku atau  makalah tentang perkara ini di perpustakaan atau di pusat bahasa pusat pengajian tinggi.   Lain-lain14.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas