Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ban.di.ngan] | ڤربنديڠن

Definisi : 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ban.di.ngan] | ڤربنديڠن

Definisi : 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbandingan

Peribahasa

Tiga sudah berdiri habis.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comparative administrationpentadbiran perbandinganPentadbiranPentadbiran Awam

Satu pendekatan antara dan dalam kerajaan di seluruh dunia, iaitu antara negara dengan menggunakan cara perbandingan untuk menerang dan memberi penilaian tentang sistem pentadbiran dan birokrasi. Dengan kata lain, pentadbiran perbandingan ialah kajian perbandingan yang dibuat tentang pentadbiran di suatu negara dengan negara yang lain. Tujuan kajian perbandingan ini adalah untuk memberi pengenalan kepada perbandingan secara analisis sistem pentadbiran di seluruh dunia. Dengan adanya perbandingan ini akan memberi peluang kepada para pentadbir untuk memilih dan menggunakan sistem pentadbiran yang terbaik dan sesuai.

epic simileperbandingan epikKesusasteraanTiadaPerbandingan yang mengemukakan perbandingan yang cukup luas, terperinci dan amat luar biasa iaitu mengambil sempena cara yang dilakukan Homer.
cost comparisonperbandingan kosSosiologiTiadaPerbandingan perbelanjaan untuk melaksanakan rancangan pembangunan alternatif.
comparative analysisanalisis perbandinganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
comparative evaluationpenilaian perbandinganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
comparative governmentkerajaan perbandinganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
comparative historysejarah perbandinganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
comparative politicspolitik perbandinganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
comparative studykajian perbandinganKomunikasiTiadaKajian komunikasi terhadap dua atau lebih unsur yang dikaji untuk tujuan perbandingan.
comparative feeding trialujian perbandingan makananVeterinarTiadaKajian untuk membandingkan nilai pemakanan sesuatu jenis makanan dengan makanan standard sebagai satu bentuk kawalan. Kajian ini menetapkan satu kumpulan ternakan diberi makanan ujian, manakala satu kumpulan lagi diberi makanan standard. Perbandingan akan dibuat antara keduanya berdasarkan jumlah pengambilan makanan harian, prestasi pertumbuhan, kecekapan penukaran makanan, kebolehcernaan dan imbangan nutrien.
12345678910...

Kembali ke atas