Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bé.za.an] | ڤربيذاءن

Definisi : 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bé.za.an] | ڤربيذاءن

Definisi : keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbezaan

Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perbezaan biro kebajikan dan badan kebajikan? 2. Perbezaan persatuan dan pertubuhan?Berikut adalah perbezaan dari segi makna perkataan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Perbezaan biro dan badan
 i. Biro: Jabatan atau agensi (terutama yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai)
ii. Badan: Kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu.
       Agensi, pertubuhan.

2. Perbezaan persatuan dan pertubuhan.
i. Persatuan: Gabungan, ikatan, kumpulan.
ii. Pertubuhan: Badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.
Makna15.01.2021
Perbezaan dan penggunaan perkataan laman sosial dan media sosial.Kedua-duanya betul mengikut kontkes penggunaan.Lain-lain14.11.2022
Perbezaan antara kata kerja intransitif dan kata kerja tak transitif

Kata kerja intransitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek, tetapi boleh diikuti pelengkap. Kata kerja tak transitif pula merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 387-388.

Tatabahasa20.08.2022
Perbezaan penggunaan perkataan analisa dan analisis

Istilah yang betul ialah analisis.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam.

Lain-lain09.08.2022
perbezaan masyarakat kasih sayang dan masyarakat penyayang.

Perkataan yang lebih sesuai ialah masyarakat penyayang yang bermaksud  “masyarakat yang mempunyai sifat cinta, kasih dan belas kasihan dalam diri mereka untuk mewujudkan keharmonian dalam sesuatu hubungan kemasyarakatan”.

Makna13.12.2021
Perbezaan di antara perkataan temu janji dan janji temu. Yang mana satu betul untuk digunakan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah janji temu berdasarkan konsep berjanji dahulu, kemudian baru bertemu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, janji temu bermaksud janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dan sebagainya.Lain-lain28.09.2021
Perbezaan Kajian Lepas (Sorotan Kajian) dan Kosa Ilmu?Kedua-dua frasa mempunyai maksud yang hampir sama iaitu hasil penulisan pengkaji-pengkaji terdahulu dalam bidang-bidang kajian mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut, tuan perlu mendapatkannya daripada pakar atau penyelidik.
Makna06.04.2021
Perbezaan bagi berbanding, dibandingkan dan berbandingkan?
Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding. Oleh itu, sama ada kata "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan". Tiada penggunaan perkataan berbandingkan dalam Kamus Dewan. Perkataan lain yang sering digunakan ialah berbandingan, membandingkan, memperbandingkan, pembandingan, membandingi dan sebagainya. 
Tatabahasa28.10.2020
perbezaan penggunaan perkataan kategori & pengkategorian contoh ayatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kategori bermaksud bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu. Contoh ayat ialah Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik ialah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori majalah.

Pengkategorian bermaksud proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian dan penggolongan. Contoh ayat ialah pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. 
Makna12.09.2020
Perbezaan Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.Taska merupakan akronim bagi taman asuhan kanak-kanak, iaitu tempat jagaan atau asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka pergi bekerja. Oleh itu, taska dan pusat jagaan kanak-kanak, tidak ada perbezaannya.Makna20.09.2020
12345678910...

Kembali ke atas