Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bé.za.an] | ڤربيذاءن

Definisi : 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bé.za.an] | ڤربيذاءن

Definisi : keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbezaan

Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contrastkontrasPerubatanTiada1. Perbandingan yang kelihatan untuk tujuan membezakan perbezaan-perbezaan yang timbul.
asset sensitivitykepekaan asetEkonomiEkonomi IslamPerbezaan kematangan dan tempoh aset berbanding kematangan dan tempoh liabiliti. Institusi kewangan Islam mempunyai kepekaan aset yang sensitif apabila wujud keadaan, sama ada perbezaan kematangan yang positif atau perbezaan tempoh negatif. Perbezaan kematangan positif berlaku apabila kematangan sesuatu aset melebihi kematangan sesuatu liabiliti. Perbezaan tempoh negatif pula berlaku apabila purata tempoh aset melebihi purata tempoh liabiliti. Perbezaan tersebut akan menyebabkan institusi kewangan Islam menghadapi masalah ketidakpadanan pengurusan aset dan liabilitinya. Oleh itu, institusi kewangan berkenaan akan menghadapi masalah kecairan.
liability sensitivitykepekaan liabilitiEkonomiEkonomi IslamPerbezaan kematangan dan tempoh liabiliti berbanding kematangan dan tempoh aset. Institusi kewangan Islam mempunyai kepekaan liabiliti yang sensitif apabila wujud keadaan, sama ada perbezaan kematangan yang positif atau perbezaan tempoh negatif. Perbezaan kematangan positif berlaku apabila kematangan sesuatu liabiliti melebihi kematangan sesuatu aset. Perbezaan tempoh negatif pula berlaku apabila purata tempoh liabiliti melebihi purata tempoh aset. Perbezaan tersebut akan menyebabkan institusi kewangan Islam menghadapi masalah ketidakpadanan pengurusan liabiliti dan asetnya. Dalam keadaan ini, walaupun bank tidak menghadapi masalah kecairan tetapi mengalami pengurangan keuntungan.
stereoblock polymerpolimer stereoblokKejuruteraanPolimerKopolimer blok yang mengandungi perbezaan blok disebabkan oleh perbezaan konfigurasi unit berulang di dalam sistem rantai.
isomerismkeisomeranKimiaTiadaKewujudan dua atau lebih sebatian yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi berbeza daripada sifat kimia dan fiziknya. Perbezaan sifat kimia dan fizik ini disebabkan perbezaan susunan atau perbezaan kedudukan atom atau kumpulan berfungsi di dalam ruang. Dua jenis keisomeran ialah keisomeran struktur dan kestereoisomeran. Sin. isomerisme.
magnus forcedaya magnusSains SukanBiomekanikDaya angkatan yang terhasil disebabkan perbezaan tekanan, akibat perbezaan kelajuan arah aliran udara dari kawasan yang berbeza.
convection currentarus perolakanGeologiTiadaAliran bendalir yang disebabkan oleh perbezaan tekanan dalam bendalir, dengan perbezaan tekanan itu disebabkan oleh perbezaan suhu.
convection currentarus perolakanKejuruteraanTiadaAliran bendalir yang disebabkan oleh perbezaan tekanan dalam bendalir, dengan perbezaan tekanan itu disebabkan oleh perbezaan suhu.
crossover studykajian pindah silangFarmasiFarmaseutikKajian perbandingan bioketersediaan yang direka untuk mengambil kira perbezaan bioketersediaan akibat perbezaan antara pelbagai kumpulan individu. Lihat juga bioketersediaan.
cold jointsambungan sejukKejuruteraanKejuruteraan BangunanSambungan yang terdapat pada papak konkrit yang terbentuk akibat daripada perbezaan masa penuangan. Perbezaan ini membentuk ikatan yang rendah pada bahagian konkrit yang baru dituang dengan bahagian konkrit yang telah lama dituang. Sambungan sejuk boleh merendahkan kekuatan struktur yang dibina. Ia boleh dielakkan dengan mengamalkan pengkonkritan secara berterusan.
12345678910...

Kembali ke atas