Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bin.ca.ngan] | ڤربينچڠن

Definisi : perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bin.ca.ngan] | ڤربينچڠن

Definisi : perbuatan atau hal berbincang; perundingan: ~ mereka telah memakan masa selama tiga jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbincangan

Peribahasa

Bagai enau di dalam belukar,
     melepaskan pucuk masing-masing.

Bermaksud :

Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana menulis nota perbincangan? bezanya dengan minit mesyuarat? t,kasihNota perbincangan boleh ditulis mengikut format minit mesyuarat sekiranya perbincangan yang diadakan itu merupakan perbincangan rasmi yang memerlukan tindakan atau terdapat perkara-perkara untuk makluman dan perhatian pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut.  Oleh yang demikian berdasarkan hal ini tidak ada perbezaan anatara minit mesyuarat dan catatan perbincangan.  Lain-lain18.01.2008
Yang manakah lebih sesuai, perbincangan 'mengenai' atau perbincangan 'tentang'. Pohon berikan pencerahan. Terima kasih.Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum seperti ayat "Mereka berbincang tentang masalah Negara". Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278.Tatabahasa04.09.2013
maksud perbincangan?Merujuk Kamus Dewan perbincangann ialah perihal bertukar-tukar pendapat antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara yg penting.Makna10.02.2008
apakah definisi forum?Makna bagi perkataan forum ialah perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Harap maklum.Makna19.08.2007
"Perbincangan dalam Bab Dua dijadikan landasan asal hukum kepada perbincangan Bab Tiga ". Betulkah penggunaan "asal hukum" di sini? terima kasih.Frasa 'asal hukum' bermaksud mulanya hukum. Frasa 'asal hukum' boleh digunakan dalam ayat tersebut.Istilah02.02.2011
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
Mohon semakan ayat di bawah: Perhatian pihak tuan juga ditarik kepada hasil perbincangan di antara wakil pihak tuan dengan Pegawai Kanan Bahagian ini pada _____ di mana pihak tuan bersetuju untuk mengemukakan permohonan yang lebih spesifik pada masa hadapan.Kami menarik perhatian tuan kepada hasil perbincangan antara wakil pihak tuan dengan Pegawai Kanan Bahagian ini pada _____ . Dalam perbincangan tersebut pihak tuan bersetuju untuk mengemukakan permohonan yang lebih spesifik pada masa hadapan.Tatabahasa18.07.2012
Salam. Saya sedang berbengkel untuk buku teks Sains. Dalam perbincangan berkaitan "Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang". Selama ini, kita hanya diberitahu faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah kedudukan objek dan saiz objek. Malangnya, dalam perbincangan ini, timbul satu isu berhubung faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang iaitu ORIENTASI objek. ORIENTASI yang dimaksudkan di sini ialah keadaan/kedudukan objek (botol) yang disengetkan, terbalik, terbaring dll. Adakah terma yang digunakan ini tepat?Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Tatabahasa19.01.2014
Assalamualaikum. Saya kurang jelas beza perkataan FORUM dan PERSIDANGAN. Mohon penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  forum  ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan untuk perbincangan terbuka  3. tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Persidangan merujuk kepada perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah;Makna15.10.2015
Tuan, Perbilangan "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" . Bagaimanakah perbilangan ini dikaitkan dengan kehidupan masyarakat yang harmoni dan saling bermuafakat?Peribahasa yang tepat ialah "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat" bermaksud kata sepakat tercapai dengan mesyuarat atau perbincangan. Melalui perundingan, perbincangan dan kata sepakat dalam satu kelompok masyarakat akan dapat membentuk kehidupan yang harmoni.Sastera23.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas