Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bin.ca.ngan] | ڤربينچڠن

Definisi : perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bin.ca.ngan] | ڤربينچڠن

Definisi : perbuatan atau hal berbincang; perundingan: ~ mereka telah memakan masa selama tiga jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbincangan

Peribahasa

Bagai enau di dalam belukar,
     melepaskan pucuk masing-masing.

Bermaksud :

Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
group discussionperbincangan kelompok/perbincangan kumpulanPendidikanTiadaKegiatan bertukar-tukar pendapat tentang isu atau topik tertentu oleh anggota sesuatu kelompok.
group discussionperbincangan kelompok/perbincangan kumpulanEkonomiTiadaTiada
group discussionperbincangan kelompok/perbincangan kumpulanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
proceedingprosidingKomunikasiKorporatBahan maklumat mengenai sesuatu perbincangan yang ditulis sebagai laporan selepas perbincangan berkenaan dijalankan. Perbincangan boleh dalam bentuk mesyuarat, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya. Bahan yang terkumpul dan tercetak boleh diterbitkan dalam bentuk asal dan boleh juga disunting semula berdasarkan format penerbitan yang ditetapkan. Dalam komunikasi korporat, hasil perbincangan yang tercatat biasakan diterbitkan dalam bentuk asal dan boleh juga disunting semula berdasarkan format penerbitan yang ditetapkan. Dalam komunikasi korporat, hasil perbincangan yang tercatat biasanya diterbitkan untuk tujuan edaran umum, sama ada sebagai bahan rujukan atau bahan bukti mengenai sesuatu keputusan atau penemuan yang telah diuar-uarkan kepada umum bagi mendapatkan pengiktirafan dan pengesahan.
syndicationperbincangan sindiketPendidikanTiadaSesi perbincangan dalam kumpulan yang bersatu dan berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas perundingan atau transaksi.
round table discussionperbincangan meja bulatPendidikanTiadaPerbincangan kelompok yang anggotanya mempunyai taraf atau kedudukan yang serupa, dengan menggunakan meja berbentuk bulat.
e-discussione-perbincanganTeknologi Maklumate-PembelajaranPerbincangan mengenai sesuatu topik secara elektronik melalui platform media sosial.
plenary sessionsidang penuhKomunikasiKorporatSesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. Hasil sidang penuh akan dijadikan asas kepada pembentukan sesuatu dasar, pelaksanaan sesuatu perancangan projek, pembuatan keputusan untuk meredakan isu dan penyelesaian konflik, rujukan untuk tindakan dan penyataan rasmi, serta sokongan kepada pembentukan sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang boleh memberikan faedah bersama. Sinonim sidang pleno.
flame warperang baraTeknologi MaklumatTiadaSituasi perbincangan dalam talian yang berubah daripada perbincangan mengenai sesuatu pendapat dan pendirian kepada perbalahan yang menyerang peribadi seseorang.
controlled discussionbincang terkawalPendidikanTiadaKaedah perbincangan dalam kelompok berasaskan isu yang telah ditentukan pada awal perbincangan.
12345678910...

Kembali ke atas