Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bua.lan] | ڤربوالان

Definisi : 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bua.lan] | ڤربوالان

Definisi : 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbualan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu.Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui.Tatabahasa20.10.2011
Jika menggunakan perbualan misalnya perkataan yalah atau ajelah. Perkataan lah itu boleh digabungkan ataupun menjadi dua perkataan. Terima kasih.Kata penegas -lah mesti dieja rapat dengan perkataan sebelumnya kerana ia tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa10.12.2007
Salam sejahtera, Dari sudut mentranskripsikan perbualan seharian, ada kalanya terdapat perbualan yang mungkin berbentuk bahasa tidak rasmi/bahasa pasar. Oleh yang demikian, jika dialognya begini "ku sedang makan epal" atau "ku sangat mencitaimu" atau "ku pandai menarik perhatianmu". Sepatutnya, ku digantikan dengan aku. Namun, dari sudut transkripsi, haruskan ku dicantumkan dengan perkataan di sebelahnya? Maaf jika soalan saya ini kurang memuaskan. Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain.

Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan:

1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang.

2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku.

3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.

Manakala, bagi kata ganti nama diri singkat “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Tatabahasa30.11.2020
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya?Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya.Tatabahasa21.03.2012
Bagaimana hendak menterjemah ucapan "bye" di penghujung perbualan telefon?Bye-bye dalam penghujung perbualan telefon boleh diterjemahkan kepada perkataan lain yang sepadan dengan budaya kita, seperti selamat tinggal , selamat jalan atau mengakhirinya dengan ucapan salam.Penyemakan dan penterjemahan05.04.2015
Salam sejahtera, dalam konteks bahasa perbualan (tidak baku), jika perkataan "berduet" disebut seperti "berduit", adakah diterima? Dalam konteks perbualan tidak baku. Sekian, terima kasih.Mengikut Kamus Dewan ejaan yang betul ialah "berduit" dan disebut "ber.duit". Walaupun dalam situasi tidak rasmi, sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul. Makna08.10.2021
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih.Selamat petang

    Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.

    Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

    Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

    Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa04.08.2016
Apakah perbezaan antara menyambungkan dengan menyambung?Menyambung membawa maksud: 1. menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain)2. meng­hubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain) 3. menghubungkan (tele­fon yang mendapat panggilan dengan sam­bungan-sambungan lain). Menyambungkan pula, 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan 2. menghubungkan sesuatu dengan yg lain (perkara yg putus-putus dll) 3. menggunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyambung untuk (orang lain). Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. Cuma makna tambahan bagi menyambungkan ialah, menyambung untuk orang lain.Tatabahasa16.06.2016
Selamat pagi. Saya ada beberapa kemusykilan. Jika di dalam dialog perbualan, pembuka kata dan penutup kata digunakan untuk menunjukkan sesuatu ayat itu ialah perbualan. Bagaimana pula jika ayat tersebut merupakan kata-kata di dalam hati? Cthnya: "Pelik," bisik hatiku. "Kenapa pintu pagar terbuka?" tanyaku sendiri. Bagaimana cara yang betul untuk ditulis? terima kasihMonolog ditulis dengan tanda petik tunggal (' ') seperti 'Pelik,' bisik hatiku. 'Kenapa pintu pagar terbuka?' tanyaku sendiri.Tatabahasa25.02.2015
Salam sejahtera, apakah sebutan yang tepat nagi kata "burger"? Bolehkah disebut seperti sebutan bahasa Inggeris dalam perbualan? Sekian, terima kasih.Sebutan yang tepat bagi perkataan 'burger' ialah seperti sebutan baku iaitu setiap huruf disebut mengikut sebutan bahasa Melayu. Namun dalam perbualan harian, sebutannya lebih bebas.Lain-lain10.02.2021
123456789

Kembali ke atas