malicious or negligent act | perbuatan jahat atau cuai | Undang-undang | Tiada | Tiada |
nemesis | nemesis | Kesusasteraan | Tiada | Pembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�. |
poetic justice | keadilan impian | Kesusasteraan | Tiada | untuk melahirkan idea yang menerangkan perbuatan jahat akan dihukum, manakala perbuatan baik dibalas dengan baik. |
exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral. |
malicious act | perbuatan niat jahat | Undang-undang | Tiada | Tiada |
mallicious act | perbuatan niat jahat | Undang-undang | Tiada | Tiada |
malicious act | perbuatan berniat jahat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Tiada |
mens rea | mens rea | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Elemen mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen ini boleh dalam bentuk niat jahat bagi melakukan sesuatu perbuatan atau menghasilkan satu kesan, atau boleh juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil sesuatu perbuatan ataupun kesan. Niat merupakan keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Contohnya, niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Apabila seseorang tertuduh menikam dengan senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi bahawa beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang biasanya boleh membawa maut kepada mangsa. Terdapat anggapan di sisi undang-undang bahawa mens rea merupakan elemen utama dalam setiap kesalahan jenayah yang hanya boleh diketepikan oleh peruntukan-peruntukan statut atau perkara-perkara pokok yang berkaitan. Mens rea berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud niat yang salah. |
incendiary fires | pembakaran sabotaj | Perhutanan | Tiada | Perbuatan membakar hutan dengan niat yang jahat dan melanggar undang-undang. |
incendiary fires | pembakaran sabotaj | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Perbuatan membakar hutan dengan niat yang jahat dan melanggar undang-undang. |