Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ketua jemaah menteri, ketua kabinet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua menteri sesebuah negara (mengepalai jemaah menteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua jemaah menteri; ketua kabinet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah penggunaan perdana-perdana menteri bagi merujuk kepada ramai perdana menteri?Penggunaan perdana-perdana menteri adalah betul.Tatabahasa03.08.2020
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk menggangguMenurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa.Tatabahasa03.09.2019
salam, saya nak tanya, perdana menteri ditulis Perdana Menteri atau perdana menteri

Ejaan yang betul ialah perdana menteri. Sekiranya, perkataan ini digunakan sebagai nama khas, contohnya Perdana Menteri Malaysia, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1680.

Ejaan16.08.2023
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar.

Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran.

Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Tatabahasa03.11.2008
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua.Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah  i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak)Tatabahasa08.04.2015
Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara "Perdana Menteri Interim" dengan "Perdana Menteri interim"?Ejaan yang betul ialah Perdana Menteri Interim.Ejaan15.10.2021
Prime minister sepatutnya menteri perdana. Ikut hukum DM. Mengapa gunakan Perdana Menteri? Menteri pendidikan - education minister.Pembentukan istilah Perdana Menteri ialah kekecualian bagi Hukum D-M, iaitu penerang (Perdana) mendahului inti (Menteri).Istilah15.04.2022
Prime Minister'sPerdana-perdana MenteriLain-lain08.03.2007
Contoh 1 Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman) Tuan, Contoh 2 Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Y.Bhg. Datuk Seri, Contoh 3 Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tingkat 4-8, No.88, Menara PERMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU. Gelaran sapaan..? Datuk Bandar @ Tuan,

Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 

Lain-lain27.10.2016
Salam sejahtera tuan. Saya ada pertanyaan. Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Ayat manakah yang lebih tepat? Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah:  Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.Tatabahasa16.11.2021
12345678910...

Kembali ke atas