controversial | kontroversial | Sejarah | Tiada | Persoalan yang menimbulkan perdebatan atau pertikaian sama ada kejadian, benda, tokoh atau sebagainya mengikut tafsiran sejarah. |
controversialist | pertengkaran | Sejarah | Tiada | Orang yang menimbulkan perdebatan atau pertikaian sama ada tentang kejadian, benda, tokoh dan sebagainya mengikut tafsiran sejarah. |
political discourse | wacana politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perbincangan serta perdebatan tentang ilmu politik secara intelektual yang bersifat formal, melibatkan pertukaran idea, persepsi, buah fikiran oleh sekumpulan individu. Biasanya wacana ini dibuat apabila timbul satu isu dalam sesebuah negara yang boleh memberikan impak kepada kedudukan politik. Ia sering melibatkan golongan terpelajar seperti siswa-siswi, golongan intelek mahupun ahli politik. Wacana ini dipercayai dapat mencambahkan pemikiran dalam memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Contohnya, perbincangan terhadap isu yang berkaitan dengan globalisasi, liberalisasi, dasar luar negara dan sebagainya. |
false belief | kepercayaan palsu | Perubatan | Tiada | Anggapan yang tidak benar yang tidak dapat dibetulkan walaupun melalui perdebatan, pemujukan ataupun oleh kenyataan deria individu itu sendiri. Biasanya keadaan ini berlaku kepada pesakit psikiatri. |
tencons | tenson | Kesusasteraan | Tiada | Lirik puisi yang dicipta oleh Provencal dimana dua orang trubador yang berlawan mengutarakan stanza silih berganti. Akhirnya melahirkan puisi perdebatan. |
tenson | tenson | Kesusasteraan | Tiada | Lirik puisi yang dicipta oleh Provencal yang mengisahkan dua orang trubador yang berlawan mengutarakan stanza silih berganti yang akhirnya melahirkan puisi perdebatan. |
pastourelle | pastoralia | Kesusasteraan | Tiada | Puisi naratif pendek zaman Pertengahan abad ke-13 di mana satu pertemuan sering berlaku di antara pengembala dan pahlawan raja yang mengakibatkan satu perdebatan berlaku kerana pengembala enggan tunduk kepada pahlawan raja dan dia dapat mengatasi pahlawan raja itu malah diselamatkan oleh pengembala. |
peresteroika | perestroika | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut. |
common consent | persetujuan umum | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang. |
act of public enemies | perbuatan musuh masyarakat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh kumpulan individu, yang dianggap oleh undangundang antarabangsa sebagai musuh masyarakat. Walau bagaimanapun, penentuan siapakah musuh masyarakat menjadi perdebatan terutamanya dalam konteks perbezaan politik tentang definisi keganasan antarabangsa. Kuasa Barat mahu menetapkan persoalan siapakah musuh masyarakat berdasarkan fakta khusus sesuatu kes yang berbeza daripada yang lain, sedangkan dunia membangun mahu mengikat hegemoni kuasa Barat kepada suatu definisi undangundang yang tetap. Satu definisi undang-undang akan mempertingkatkan keberkesanan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan dan berfungsi sebagai batasan kepada unilateralisme kuasa Barat. |