Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.du] | ڤردو

Definisi : 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : ; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi dan peradaban Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.du] | ڤردو

Definisi : 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perdu
Rujuk :pangkal

Puisi
 

Manis sungguh tebu seberang,
     Dari perdu sampai ke pucuk;
Manis sungguh mulut cik abang,
     Tipu adik di dalam pujuk.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Daun 'lah melayang,
     buah jatuh ke perdu juga.

Bermaksud :

Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.Saya ingin tahu apakah yang dimasudkan bagi istilah "Alamanda"Boleh pihak DNP jelaskan dengan kadar yang secepat mungkinAlamanda ialah tumbuhan renek (perdu) bergetah yang banyak ditanam sebagai tanaman hias, bunganya besar-besar berwarna kuning dan berbentuk trompet.Makna17.03.2008
pangkal pokok merujuk kepaa bhg pokok yang berdekatan dengan akar pokok betul ke? tq
Betul, pangkal pokok ialah bahagian pokok yang berdekatan dengan akar pokok atau disebut perdu.
Pangkal merujuk  bahagian yg mula-mula drpd sesuatu .
Makna25.09.2014
apa beza etiologi dan punca penyakitMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Istilah25.07.2012
Selamat Sejahtera, kami ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan papan tanda yang sedia ada untuk kilang baru kami? Kerana kami membeli sebuah kilang baru hanya bersebelah dengan bangunan lama. Oleh itu, kami akan menggunakan papan tanda yang sama untuk bangunan baru kami, hanya alamat akan berubah dari Plot 19-13 ke Plot 19-15. Papan tanda itu boleh rujuk kepada fail yang dilampirkan. Terima kasih.Untuk menamakan bangunan, perdu diletakkan keterangan di bahagian atas sekali, seperti "KILANG SABUN". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa01.08.2016
Bawah pokok atau pangkal pokok Contoh; Saya meletakkan basikal di bawah pokok. atau Saya meletakkan basikal di pangkal pokok. Ayat manakah yang lebih sesuai digunakan dan kenapa?Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, frasa yang betul ialah bawah pokok, bukan pangkal pokok kerana pangkal merujuk  bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan; bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll). Bersinonim dengan  umbi, perdu.Tatabahasa06.08.2010

Kembali ke atas