Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perdu
Rujuk :pangkal


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
umbi I1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2. perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3. pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll); 4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah, akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini, jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan iman dlm diri; umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll); berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
getah I1. cairan pekat yg keluar dr bermacam­macam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas