Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ren.cah] | ڤرنچه

Definisi : campuran gulai (bahan penyedap gulai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ren.cah] | ڤرنچه

Definisi : bahan (spt udang, daging) yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan supaya lebih sedap: Ikan busuk jangan dibuang, buat ~ si daun kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencah2
Kata Terbitan : perencah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan sesuai untuk "chicken flavour seasoning"? Adakah perencah perisa ayam atau perencah perasa ayam lebih sesuai? Berdasarkan carian, flavour adalah perisa manakala seasoning adalah perasa. Namun sekiranya digabungkan, bunyi kurang menarik iaitu perasa perisa ayam ("direct translate" untuk chicken flavour seasoning). Jadi adakah penggunaan perencah sebagai terjemahan untuk seasoning dibolehkan? Pertanyaan saya merujuk kepada ejaan untuk pelabelan pada makanan. Sekian terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk “chicken flavoured seasoning” ialah perasa ayam.Makna29.07.2022
Adakah corak boleh digantikan dengan reka bentuk? Contoh: Kumpul semua corak perencahBerdasarkan persoalan tersebut, cadangan jawapan ialah "Kumpul semua reka bentuk pembungkus perencah" atau "Kumpul semua pembungkus perencah".   Makna18.03.2022
Adakah penggunaan kata bahasa yang betul PEKERJA BINAAN MAHIR 1 Pemasang Konkrit Pratuang 2 Pemasang Sistem Acuan 3 Pemasang Sistem Blok 4 Pemasang Kekuda Bumbung 5 Jurulepa 6 Pemasang jubin 7 Penerap Bata 8 Jurubengkok Besi Tetulang 9 Tukang Kayu 10 Tukang Konkrit 11 Pemasang Dinding 12 Pemasang Siling 13 Tukang Cat 14 Operator Jentera 15 Pemasang Perencah 16 Operator Kren 17 Juruambin dan Jurutali 18 Tukang Paip 19 Penjaga Jentera 20 Penyambung Kabel 21 Pendawai 22 Jurukimpal 23 Jurugegas Petrokimia 24 Jurubagas & Jurucat 25 Juru Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal 26 Penyiasat Tanah?Sila berikan istilah bahasa Inggeris untuk kami memastikan sama ada padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Hal ini kerana kebanyakan istilah yang diberikan tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP.Istilah22.11.2016
selamat sejahtera.Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu diimplementasikan sejak peringkat kanak-kanak.Adakah penggunaan diimplementasikan sesuai untuk ayat tersebut. 2.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa,RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Adakah penggunaan perkataan tersebut sesuai untuk ayat tersebut dan apkah maksud perkataan tersebut. Mohon Penjelasan.Terima Kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, implimentasi bermaksud proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan; mengimplementasikan pula bermaksud melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dll). Perkataan implementasi tidak sesuai digunakan.

2. Kamus Pelajar Edisi Kedua mentakrifkan rencah sebagai perencah bahan (seperti udang, daging) yang dicampurkan ke dalam sesuatu masakan supaya lebih sedap: Ikan busuk jangan dibuang, buat rencah si daun kayu. Perkataan rencah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang diberikan.
Tatabahasa12.07.2016

Kembali ke atas