Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal merencanakan, pe­ran­cangan: pelajaran yg menjadi ke­gemar­anku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rencana (kata nama)
1. Bersinonim dengan karangan: makalah, artikel, esei, cerita, kisah,

2. Bersinonim dengan catatan: laporan, minit,

3. Bersinonim dengan rancangan: pelan, buram, rang, draf,

4. Bersinonim dengan acara: agenda, jadual, program,

Kata Terbitan : merencanakan, terencana, perencanaan, perencana,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
swap arrangementperencanaan swapPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
reimbursement arrangementperencanaan pembayaran gantiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
agency arrangementperencanaan agensiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
key park planningperancangan taman utamaLandskapTiadaPerencanaan dalam membentuk taman utama dalam rangkaian taman di suatu wilayah atau bandar.
long term planningperancangan jangka panjangPentadbiranPentadbiran Awam

Perencanaan yang sistematik mengikuti prosedur dan strategi tertentu yang dilaksanakan bagi mencapai sesuatu objektif jangka panjang. Biasanya perancangan ini melibatkan tempoh masa yang lama menjangkau lima tahun ke atas. Perancangan yang rapi dan penggubalan keputusan ini biasanya dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan atau pemerintah bagi memastikan perancangan dapat disempurnakan secara berkesan. Contoh, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan merupakan perancangan jangka panjang beberapa dekad.

short term planningperancangan jangka pendekPentadbiranPentadbiran Awam

Perencanaan yang dilaksanakan untuk mencapai objektif jangka pendek tetapi kemas dan menyeluruh dari segi pelaksanaannya. Biasanya perancangan ini melibatkan tempoh masa yang tidak melebihi tiga tahun. Bentuk perancangan ini tidak memerlukan pemantauan yang rapi kerana akan melibatkan kos dan guna tenaga yang banyak. Misalnya projek penyelidikan organisasi untuk mengetahui punca masalah terhadap sesuatu isu semasa seperti jerebu yang mencemar alam sekitar negara yang disebabkan oleh kebakaran dari negara jiran.

look up tablejadual carianPertanianAgroteknologiJadual yang digunakan untuk memudahkan pengiraan serta fungsi dan nilai dalam statistik, trigonometri dan logaritma sebelum adanya komputer. Dalam pertanian, fungsi yang dihasilkan melalui statistik atau kejuruteraan digunakan untuk membuat ramalan atau perencanaan pertanian.
agricultural policydasar pertanianEkonomiTiadaDasar pembangunan sektor pertanian yang meliputi pembaikan institusi dan struktur pertanian seperti corak milik tanah, kredit, pengeluaran, pemasaran, dan sokongan pertanian. Dasar ini bertujuan untuk menstabilkan harga keluaran pertanian dan meningkatkan pendapatan petani. Dasar ini melibatkan perencanaan dan peruntukan pembangunan untuk sektor pertanian, pelaksanaan projek-projek pertanian, sokongan dan pengawalan.
South East Asia Treaty Organization (SEATO)Organisasi Perjanjian Asia TenggaraSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO.

Kembali ke atas