Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.reng.kuh] | ڤرڠکوه

Definisi : alat utk merengkuh (merenggut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.reng.kuh] | ڤرڠکوه

Definisi : alat utk merengkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perengkuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wrenchperengkuhMekanikGunaan1. Sistem daya yang terbentuk daripada satu daya paduan dan satu ganding yang selari. Sebarang sistem daya umum boleh digantikan dengan perengkuh yang unik. vektor daya paduan dan vektor ganding paduan yang membentuk perengkuh bertindak di sepanjang suatu garis tindakan yang unik bagi sesuatu sistem daya umum yang diwakili oleh perengkuh itu. kelaziman tanda menentukan bahawa perengkuh adalah positif sekiranya vektor daya dan vektor ganding yang membentuk perengkuh itu bertindak pada hala yang sama; perengkuh adalah negatif jika kedua-duanya bertindak pada hala yang berlawanan. 2. Sejenis alat kejuruteraan yang digunakan dengan cara memutarkannya di sekitar suatu paksi untuk menghasilkan gerakan di sepanjang paksi itu. contoh perengkuh yang biasa ditemui ialah sepana.
tap wrenchperengkuh pengulirKesenianTiadaPerengkuh untuk memegang dan memutar pengulir dalam.
ratchet wrenchperengkuh sehalaKesenianTiadaPerengkuh yang mempunyai tuas untuk membolehkan matanya berputar pada satu hala sahaja.
socket wrenchperengkuh soketKesenianTiadaPerengkuh yang mempunyai soket untuk memutar bolt dan nat.
chuck wrenchperengkuh binduKesenianTiadaPerengkuh untuk menggerakkan rahang bindu, sama ada untuk mengetatkan atau melonggarkan sesuatu alat.
combination wrenchperengkuh gabungKesenianTiadaPerengkuh yang mempunyai kepala soket pada salah satu bahagian hujungnya serta kepala yang terbuka pada bahagian hujung yang satu lagi.
Allen wrenchperengkuh AllenKesenianTiadaPerengkuh yang bentuknya seperti kunci Allen, tetapi mempunyai hulu.
box wrenchperengkuh kotakKesenianTiadaPerengkuh yang mempunyai soket atau gelang pada kedua-dua hujungnya untuk memutarkan nat atau bolt.
casing tongperengkuh selongsongKejuruteraanTiadaPerengkuh untuk memasang atau menanggalkan sambungan selongsong.
spinning wrenchperengkuh putarKejuruteraanTiadaPerengkuh hidraulik untuk memusing paip gerudi.
1234

Kembali ke atas