Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEREPUTAN

Pereputan ialah proses apabila jirim haiwan

atau tumbuhan yang telah mati terurai menjadi

sebatian ringkas. Hasil uraian yang ringkas ini

boleh digunakan sebagai makanan oleh benda

hidup seperti tumbuhan. Pereputan adalah proses

yang penting dalam alam sekitar. Bahan buangan

yang dikeluarkan oleh haiwan, serta haiwan dan

tumbuhan yang mati disingkirkan melalui proses

ini. Pereputan juga kadangkala dikenali sebagai

penguraian atau pembusukan .

UMUM 
PENTARIKHAN RADIOKARBONKaedah menentukan usia bahan yang mengandungi karbon berasaskan kadar pereputan karbon C-14 dalam bahan tersebut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
AKTINIUM

Aktinium, unsur kimia, ialah logam radioaktif

berwarna putih keperak-perakan yang jarang-jarang sekali

ditemui yang berkilau dalam gelap. Ia terbentuk

secara semula jadi melalui pereputan uranium 235.

UMUM 
KERADIAKTIFAN

Keradioaktifan, satu tindak balas nuklear kerana ia melibatkan pereputan spontan bahagian nukleus sesuatu atom melalui pembebasan sinaran radioaktif alfa, beta dan gamma.

KIMIAProses/Tindak Balas
SULFIDA

Sulfida ialah sebatian sulfur dengan beberapa

unsur lain biasanya logam. Semua sulfida

mengandungi ion sulfida (S2—). Sulfida adalah penting

dalam kimia dan industri. Hidrogen sulfida, iaitu gas

beracun, digunakan dalam makmal untuk menguji

pelbagai logam. Ia terbentuk secara semula jadi

daripada pereputan jirim organik.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 

Kembali ke atas