Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alpha decaypereputan alfaFizikAtom dan NuklearPereputan bahan radioaktif yang memancarkan zarah alfa. Semasa pereputan ini, nombor atom menurun kepada 2 unit dan nombor jisim kepada 4 unit. Contohnya, Rn-222 dengan nombor atom 86 dan nombor jisim 222 dijana daripada pereputan alfa Ra-226 dengan nombor atom 88 dan nombor jisim 226.
branching decayreputan mencabangFizikAtom dan NuklearPenyepaian bahan radioaktif spesies tertentu yang berlaku melalui dua atau lebih proses pereputan. Contohnya, pereputan atom bismut-214, lebih 99% mereput kepada polonium-214 dengan mengeluarkan elektron dan selebihnya 0.021% mereput kepada talium-210 dengan mengeluarkan zarah alfa.
weak interactionsaling tindakan lemahFizikModenSalah satu saling tindakan asas antara zarah-zarah keunsuran yang bertanggungjawab terhadap pereputan beta nukleus dan pereputan zarah keunsuran yang masa hayatnya melebihi kira-kira 10-10 saat, seperti muon, K-meson, dan hiperon lambda.
decompositionpenguraian; pereputanPerubatanTiada2. Pereputan: Proses bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia.
exponential decaypereputan eksponenKejuruteraanTiadaPereputan mengikut hukum eksponen.
electron capture decayreputan tawanan elektronFizikAtom dan NuklearPereputan yang diikuti dengan tawanan elektron orbitan oleh nukleus. Dalam proses ini elektron orbitan dalaman ditawan oleh nukleus dan diikuti dengan pembebasan sinar gama atau sinar-X apabila kekosongan elektron ini diisi semula oleh elektron orbital luaran. Contohnya, pereputan radioaktif berilium-7 kepada litium-7 menerusi tawanan elektron. Skema pereputan berilium-7 ditunjukkan pada gambar rajah. Dalam rajah ini pereputan secara terus kepada keadaan asas adalah sebanyak 89.7% sementara peratus pereputan tawanan elektron sebanyak 10.3% dengan pembebasan sinaran gama.
Fermi theory of beta decayteori Fermi pereputan betaFizikAtom dan NuklearTeori yang dikemukakan oleh Fermi yang menganggap arus nukleon berinteraksi dengan medan elektron-neutrino bagi menghasilkan pereputan beta. Teori ini beranalogi dengan interaksi antara arus elektrik dan medan elektromagnet bagi pemancaran foton sinaran elektromagnet.
radioactive equilibriumkeseimbangan radioaktifFizikAtom dan NuklearKeadaan apabila kadar penghasilan nuklid oleh pereputan radioaktif adalah sama dengan kadar pereputan nuklid tersebut.
Q valuenilai QFizikAtom dan NuklearNilai tenaga yang dibebaskan dalam tindak balas nuklear atau pereputan radioaktif. Contohnya nilai Q bagi pereputan nuklid X kepada nuklid Y dan zarah a ditentukan oleh persamaan: Q = (mx -mY - ma)c², dengan m = jisim dan c = halaju cahaya. Sinonim tenaga penyepaian, tenaga tindak balas.
beta spectrumspektrum betaFizikAtom dan NuklearSpektrum yang menunjukkan taburan tenaga atau momentum zarah-b yang dipancarkan semasa proses pereputan-b. Spektrum ini biasanya selanjar sehingga mencapai tenaga maksimum dan bentuknya bergantung kepada keadaan sesuatu proses pereputan-b.
12345678910...

Kembali ke atas