Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gu.ruan] | ڤرݢوروان

Definisi : 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gu.ruan] | ڤرݢوروان

Definisi : 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perguruan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya Hj. Amizul? Yang mana satukah betul antara "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah" @ "Kursus Perguruan Lepas Ijazah (yang kini diguna oleh KPM)"... TKYang betul ialah Kursus Lepas Ijazah. Lepasan ijazah merujuk kepada pelajar.Tatabahasa08.03.2009
Apa beza antara keguruan dan perguruan? Manakah yang betul iaitu etika keguruan atau etika perguruan?Menurut Kamus Perdana, maksud keguruan ialah hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru atau tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Manakala perguruan pula bermaksud 1. tempat belajar atau mengikuti kursus untuk menjadi seorang guru; 2. hal atau perbuatan berguru.

Jawapan yang betul ialah "etika keguruan".
Makna25.07.2023
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ?Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item.

Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul.

Tatabahasa21.01.2015
1. ERTI "BIMBINGAN" DALAM KAMUS DEWAN BAHASA? 2. "BIMBINGAN" DALAM SEKTOR PERGURUAN?

1. Bimbingan ialah perbuatan membimbing, iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu.

2. Bagi makna bimbingan dalam sektor perguruan, saudara perlu merujuk sektor tersebut kerana ia mungkin mempunyai konsep yang tertentu.

Makna05.05.2009
saya ingin dapatkan maklumat daripada munsyi bahasa dan lembar bahasa.Syarat menjadi Munsyi Dewan ialah calon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik atau Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya lima tahun; atau memiliki ijazah idang Komunikasi atau mempunyai Sijil Perguruan/Diploma Perguruan serta mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun. Syarat-syarat lain sila baca dalam akhbar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Munsyi Dewan, sila layari laman web DBP. Bagi mendapatkan lembar bahasa, sila tulis surat permohonan kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau datang sendiri ke Tingkat 25, Menara DBP, Kuala Lumpur.  Lain-lain07.09.2009
Rosmah amat meminati profesion perguruan/profesion keguruan? yang mana satu betul? apakah maksud kedua-dua kata tersebut? saya masih tak faham lepas rujuk kamus untuk kedua-dua makna kata tersebut.Yang betul ialah profesion keguruan. Keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan dll) sebagai guru. Manakala perguruan bermakna sekolah, tempat belajar; pengajaran; yang berkaitan dengan guru seperti maktab.Makna09.07.2008
Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih.

1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul.

2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1.

Tatabahasa10.05.2010
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan

Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam
  • Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll).
  • Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan.

    Makna06.04.2009
    123

    Kembali ke atas