Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ham.ba.an] | ڤرهمباءن

Definisi : perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ham.ba.an] | ڤرهمباءن

Definisi : perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERHAMBAAN

Perhambaan merupakan satu amalan manusia

yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi

menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja

untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik

yang disebut tuan atau puan membekalkan

makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.

Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan

diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan

pada zaman purba mencapai kemuncaknya di

Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman

Pertengahan, amalan perhambaan mengalami

kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan

1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah

telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan

secara pesat. Kemerosotan perhambaan

disebabkan oleh perubahan moral terhadap

perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan

adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir

setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di

beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika

Selatan.

UMUM 
PERGERAKAN PENGHAPUSAN PERHAMBAAN

Pergerakan penghapusan perhambaan

ialah aktiviti yang berlaku pada tahun 1700-an dan

1800-an bagi mengakhiri perhambaan. Kebanyakan

penggeraknya berlaku di Britain dan Amerika

Syarikat tetapi pergerakan antiperhambaan juga

berlaku di negara-negara lain.

UMUM 
PHILLIPS, WENDELL

Phillips, Wendell (1811–1884) ialah pemidato

dan reformis Amerika yang terkenal sebagai

penyokong kepada penghapusan perhambaan. Dia

meninggalkan kerjaya guamannya pada tahun 1837

untuk menyertai kumpulan penghapus yang

diketuai oleh William Lloyd Garrison. Phillips

berjuang menentang mana-mana individu, institusi,

atau undang-undang yang dianggap menghalang

penghapusan tersebut. Dia menyokong

penghapusan perhambaan walaupun melibatkan

risiko perpecahan Kesatuan Amerika. Phillips

mengkritik secara serius Pentadbiran Presiden

Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika

(1861–1865).

UMUM 
SHARP, GRANVILLE

Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin

gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada

tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang

memutuskan bahawa hamba yang

memasuki wilayah British adalah bebas secara

automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah

jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di

Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan

kempen menentang kumpulan yang menindas dan

membantu menubuhkan Persatuan Bible British

dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada

tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham,

England.

UMUM 
KEDAULATAN RAKYAT

Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang

diwujudkan semasa berlakunya perselisihan

tentang dasar perhambaan yang menjadi

sebahagian daripada sejarah awal Amerika

Syarikat.

UMUM 
PERANG SAUDARA AMERIKA

Perang Saudara Amerika (1861–1865) ialah

satu konflik antara dua bahagian di Amerika

Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan

atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk

mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam

dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara

di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan,

menentang perhambaan yang diamalkan di

selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan

semua negeri di Amerika Syarikat. Perang

Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai

nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding

peperangan lain. Peperangan ini juga telah

memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga

berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam

sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang

dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan

kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa

tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih

lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar.

UMUM 
ALEXANDER II

Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun

1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai

tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di

Rusia pada tahun 1861. Baginda juga

memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan

penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil

wilayah dan menggalakkan perindustrian.

UMUM 
CHRISTOPHER, HENRI

Christopher, Henri (1762–1820) ialah raja

kulit hitam bagi utara Haiti. Baginda membantu

membebaskan negara baginda daripada

perhambaan dan pemerintahan Perancis. Apabila

perhambaan berakhir, baginda memaksa rakyat

supaya terus bekerja.

Christopher, Henri (1762–1820) ialah raja

kulit hitam bagi utara Haiti. Baginda membantu

membebaskan negara baginda daripada

perhambaan dan pemerintahan Perancis. Apabila

perhambaan berakhir, baginda memaksa rakyat

supaya terus bekerja.

UMUMUmum
DOUGLASS, FREDERICK

Douglass, Frederick (1818?–1895), jurucakap

utama bagi orang kulit hitam Amerika pada tahun

1800-an. Dia lahir sebagai hamba dan dikenali

sebagai reformis, pengarang dan pemidato. Dia

mengabdikan hidupnya dalam usaha penghapusan

amalan perhambaan dan menuntut hak bagi orang

kulit hitam.

UMUM 
BROWN, JOHN

Brown, John (1800–1859) ialah radikal

Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan.

Percubaannya untuk membebaskan hamba

telah menyebabkan beberapa orang kehilangan

nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan

meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865).

UMUM 
12

Kembali ke atas