Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : hasil memerhatikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Bermata mata kayu,
     bertelinga telinga kuali.

Bermaksud :

Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selective attentionperhatian berpilihPsikologiPsikologi UmumPenumpuan kepada aspek tertentu tanpa mempedulikan atau menyekat aspek yang lain. Contohnya, individu boleh menumpukan perhatian kepada satu-satu sasaran seperti menumpukan perhatian kepada guru dalam kelas tanpa mempedulikan bebelan kawan di sekeliling. Walau bagaimanapun, tindakan perhatian berpilih boleh mendatangkan kerugian kerana individu tidak menyedari sesuatu yang beraku di sekelilingnya sehingga boleh mendatangkan kemalangan.
distraction techniqueteknik alih perhatianPergigianTiadaTeknik yang digunakan bagi mengalih perhatian kanak-kanak semasa rawatan dijalankan. Contohnya, pesakit disuruh mengangkat kaki semasa rawatan atau menghembus nafas semasa pengambilan radiograf. Bantuan audio visual seperti mendengar muzik dan melihat patung permainan juga boleh membantu mengalihkan perhatian.
attention valuenilai perhatianKomunikasiKorporatStrategi memilih dan menentukan media yang tepat oleh agensi pengiklanan sebagai alat penyaluran mesej bagi mendapatkan pulangan perhatian khalayak yang tertinggi. Ciri pemilihan sesuatu media ialah jenis media yang paling terdedah kepada khalayak, media yang disukai, media yang mudah mendapat perhatian, dan media yang boleh menyampaikan mesej iklan secara berkesan.
distractionalih perhatian; gangguan; pengeliruPerubatanTiadaKeadaan apabila perhatian dialihkan daripada bahagian utama pengalaman atau dibahagikan pada pelbagai bahagian.
attention spanbidang perhatianSosiologiTiadaJangka masa dan tumpuan perhatian seseorang terhadap sesuatu objek atau peristiwa.
primary concernperhatian utamaSukanTiadaTugas utama referi, iaitu memberi perhatian terhadap keselamatan petinju di atas gelanggang semasa perlawanan.
eye catcherpenarik perhatianLandskapTiadaUnsur yang digunakan dalam taman untuk menarik perhatian pengunjung seperti pokok berwarna dan air pancutan.
eye catching techniqueteknik memikat perhatianKomunikasiTiadaTeknik komunikasi secara visual untuk memikat perhatian khalayak dengan cara memberi penonjolan kepada mesej atau media tertentu.
distractabilitykemudahalihan perhatianPerubatanTiadaKeadaan seseorang yang tidak dapat menumpukan perhatiannya pada sesuatu perkara, dan sering berubah-ubah perhatian.
new criticismkritikan baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej.
12345678910...

Kembali ke atas