Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.him.pu.nan] | ڤرهيمڤونن

Definisi : 1. perihal berhimpun bera­mai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: se­kalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala da­gangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.him.pu.nan] | ڤرهيمڤونن

Definisi : hal atau perbuatan berhimpun (beramai-ramai utk sesuatu tujuan); perjumpaan (besar); perkumpulan: Beberapa orang pemimpin telah berucap di ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perhimpunan di gereja - assembely balai perhipunan atau dewan perhimpunanperhimpunan dewan perhimpunanLain-lain12.04.2007
definisi perhimpunan bulanan

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perhimpunan bermakna perihal berhimpun beramai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu. Bulanan pula merujuk kepada setiap bulan. Dengan ini perhimpunan bulanan ialah perihal berhimpun untuk tujuan tertentu dan diadakan pada setiap bulan.

Makna10.04.2009
Salam sejahtera. 1) Guru Besar memberikan ucapan semasa perhimpunan. 2) Guru besar memberikan ucapan semasa perhimpunan. Ayat yang manakah betul? Adakah "mengikut jejak" suatu peribahasa dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.

 Ayat yang betul ialah "Guru besar memberikan ucapan semasa perhimpunan". Guru besar ialah kata nama am.

"Mengikut jejak" bukan peribahasa Melayu teapi frasa perkataan yang membawa maksud meniru perbuatan orang yang terdahulu.

Ejaan23.04.2018
Dalam perhimpunan rasmi, nak panggil pengetua sekolah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha?

Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua,  sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati Puan/Tuan.

Lain-lain13.11.2022
Pusat perhimpunan darah atau pusat pengumpulan darah? Yang manakah betul?Frasa yang betul ialah Pusat Pengumpulan Darah.Tatabahasa06.10.2022
dalam perhimpunan rasmi sekolah, kita guna memberikan ucapan atau memberi ucapan? terima kasih!Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, jawapan yang betul ialah memberikan ucapan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.Tatabahasa06.08.2021
Saya perlu mengucap dalam perhimpunan. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah: Saya perlu berucap dalam perhimpunan.Tatabahasa29.07.2023
Minta kepastian sama ada Semua data yang dikutip akan diproses / Data yang dikutip akan diproses. Staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan/semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan Yang mana betul ? Terima kasih. Ng Chee HuayKata bilangan "semua" perlu hadir dalam ayat tersebut. 

1. Semua data yang dikutip akan diproses.
2. Semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan.
Tatabahasa11.07.2013
Semua murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan. Ayat di atas ialah ayat perintah atau ayat penyata? Boleh tolong bagi penjelasan?Ayat "Semua murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan." ialah ayat perintah. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: halaman 448. Tatabahasa06.09.2020
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan.Tatabahasa05.06.2012
1234

Kembali ke atas