Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.him.pu.nan] | ڤرهيمڤونن

Definisi : 1. perihal berhimpun bera­mai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: se­kalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala da­gangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.him.pu.nan] | ڤرهيمڤونن

Definisi : hal atau perbuatan berhimpun (beramai-ramai utk sesuatu tujuan); perjumpaan (besar); perkumpulan: Beberapa orang pemimpin telah berucap di ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM 
ADAM MALIK

Adam Malik (1917–1984) ialah negarawan

Indonesia, yang menjadi Presiden Perhimpunan

Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1971

dan 1972. Dia berkhidmat sebagai Menteri Luar

Indonesia dari tahun 1963 hingga 1966. Dia

menjadi Timbalan Presiden Indonesia dari tahun

1978 hingga 1983.

UMUM 
RAZALI ISMAIL, TAN SRI

Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden

Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996

hingga September 1998. Dia ialah orang keempat

dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan

tersebut dalam masa 52 tahun semenjak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan

pada tahun 1945.

UMUM 
MANDELA, NELSON

Mandela, Nelson (1918– ), Presiden Afrika

Selatan pada tahun 1994. Dia ialah presiden kulit

hitam yang pertama dan dipilih melalui

Perhimpunan Kebangsaan.

UMUM 
SURAH AL-HASHR

Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 24 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan

musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir

antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung

halaman mereka pada julung kali mereka

berhimpun hendak memerangi Rasulullah…”.

(Surah al-Hashr 59:20)

UMUM 
SAYAP KANAN

Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang

tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam

sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif

ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan

radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap

kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di

bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak

Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun

1789. Dalam perhimpunan itu, golongan

bangsawan mengambil tempat yang diberi

penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat

juga Konservatisme.

UMUM 
ALEXANDER II

Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun

1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai

tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di

Rusia pada tahun 1861. Baginda juga

memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan

penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil

wilayah dan menggalakkan perindustrian.

UMUM 
STONEHENGE

Stonehenge ialah sebuah tugu purba di Dataran Salisbury di

Wiltshire, sebuah kaunti di tenggara England. Ia

terdiri daripada sekumpulan batu besar yang

dipotong kasar, yang disusun dalam bentuk

bulatan. Ahli arkeologi percaya bahawa orang

Zaman Purba yang membina Stonehenge ini dan

menggunakannya sebagai tempat perhimpunan

suku kaum dan pusat agama. Stonehenge ialah

yang paling terkenal antara banyak pusat

sedemikian di Kepulauan British.

UMUM 
NEHRU

Nehru ialah nama keluarga empat generasi

pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan

tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal,

Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira

Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi,

Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal,

iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita

pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi.

UMUM 
PERTEMUAN DUNIA MELAYU

PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu.  Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya.

SASTERAKarya
12

Kembali ke atas