climatic index | indeks iklim | Pertanian | Tiada | Nombor yang menggambarkan perhubungan-perhubungan iklim. |
port meteorological liaison officer | pegawai perhubungan meteorologi pelabuhan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pegawai perhubungan meteorologi yang ditugaskan dipelabuhan utama yang tugasnya menjalin hubungan dengan pemerhati memeriksa peralatan, memberi nasihat, dan menghubungi penguat kuasa kapal untuk mendapatkan kerjasama pemerhati dalam mengendalikan stesen kapal bergerak. |
public relations audit | audit perhubungan awam | Komunikasi | Tiada | Penyelidikan dalam perhubungan awam yang menggunakan kaedah tinjauan pendapat bagi mengkaji amalan perhubungan awam sesebuah organisasi. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menentukan sejauh mana sesebuah organisasi itu difahami oleh khalayak, mengesan salah faham khalayak dan menentukan khalayak organisasi. |
hysteresis | histeresis | Pertanian | Tiada | 2. Perhubungan tak unik antara dua pemboleh ubah di mana lengkung perhubungan bergantung kepada jujukan atau titik permulaan, contohnya, perhubungan antara kandungan air tanah dan keupayaan matrik air tanah. |
communicator | komunikator | Sejarah | Tiada | Orang yang bekerja untuk berhubung dengan menggunakan kaedah atau peralatan perhubungan atau menyediakan kemudahan perhubungan. |
public relations agency | agensi perhubungan awam | Komunikasi | Tiada | Organisasi yang memberi khidmat perunding kepada pelanggannya seperti merancang, mengatur program dan melaksanakan kempen perhubungan awam. Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini meliputi perkhidmatan mengadakan saluran komunikasi antara pelanggan dengan khalayak sasaran, pengurusan, hal ehwal awam, perhubungan industri dan sebagainya. Pelanggan sesebuah agensi ini terdiri daripada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela atau kumpulan-kumpulan individu. |
polling | tinjauan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pemisitan berkala bagi setiap pangkalan yang berkongsi talian perhubungan untuk menentukan sama ada ia memerlukan penservisan.,2. Cara mengawal talian perhubungan, untuk memastikan tiada pangkalan dibiarkan menanti untuk tempoh masa yang lama.,3. Ciri perhubungan yang memungkinkan satu atau lebih stesen sistem pemprosesan kata berkomunikasi untuk menyemak dengan sistem-sistem lain sama ada utusan sudah sedia untuk dihantar. |
linear relationship | perhubungan linear | Pendidikan | Tiada | Perhubungan yang menunjukkan pemboleh ubah yang meningkat atau menurun berkaitan dengan peningkatan atau penurunan pemboleh ubah yang lain. |
causal relationship | perhubungan penyebab | Pendidikan | Tiada | Perhubungan perubahan dalam satu pemboleh ubah akan mengakibatkan perubahan kepada pemboleh ubah lain. |
intercomputer communication | perhubungan antara komputer | Kejuruteraan | Tiada | Sistem perhubungan yang menggunakan kekunci masukan dengan keluaran paparan boleh lihat. |