Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.ta.nan] | ڤرهوتنن

Definisi : pemeliharaan dll hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.ta.nan] | ڤرهوتنن

Definisi : ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhutanan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERHUTANAN

Perhutanan ialah sains pengurusan sumber

hutan untuk faedah manusia. Amalan perhutanan

yang baik membantu mengekalkan bekalan kayu

yang mencukupi bagi membuat papan lapis,

kertas, dan keluaran kayu yang lain. Perhutanan

juga termasuk pengurusan sumber seperti air,

hidupan liar, kawasan ragut, dan kawasan rekreasi.

UMUM 
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) UMUM 
PERLADANGAN POKOK

Perladangan pokok. Ladang pokok ialah

kawasan milik persendirian yang digunakan

untuk menanam pokok bagi mendapatkan

keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya

daripada dua hektar hingga kepada 400 000

hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara

menganjurkan program ladang pokok di

peringkat negara.

UMUM 
ARGYLL DAN BUTE

Argyll dan Bute (pend. 65 100) ialah sebuah

kawasan kerajaan tempatan di barat Scotland.

Kawasan ini ialah tapak monumen bersejarah,

termasuk kubu prasejarah, kubur Zaman Gangsa,

lingkaran batu tegak, dan biara purba. Landskapnya

yang indah dan garis pantai yang meluas menarik

ramai pelancong. Satu per empat daripada

penduduknya tinggal di pulau terutamanya Bute,

Islay, dan Mull. Bandar utama termasuk

Campbelltown, Dunoon, Lochgilphead, Oban, dan

Rothesay. Kebanyakan penduduk bekerja dalam

industri perkhidmatan dan selalunya berkaitan

dengan pelancongan. Aktiviti lain yang penting

termasuk pertanian, perhutanan, perikanan,

penternakan ikan, dan pengeluaran wiski malt.

UMUM 

Kembali ke atas