Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keada­an kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana cara­nya (halnya); ~ yg layak bagi manusia per­buatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengata­kan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, tercerita­kan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sj jin (menyerupai perempuan yg can­tik): kami bukannya drpd bangsa jin dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~, datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : ; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : jin yg dpt merupakan dirinya spt perempuan yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peri

Peribahasa

Bagai ayam mengarang telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "Ibu Peri". Saya maklum yang perkataan ini berasalah dari bahasa Indonesia menunjukan kepada "Fairy Godmother". namun, adalah ibu peri juga boleh digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu?Cadangan penggunaan yang sesuai ialah "Penjaga Pari-pari".Penyemakan dan penterjemahan31.08.2022
wujud tak pasangan kata hubung walaupun.... tambahan pula/namun ? perilaku atau peri laku?Walaupun, tambahan pula dan namun merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Ejaan yang betul ialah peri laku.Tatabahasa20.03.2007
ejaan yang betul untuk peripenting atau peri penting?

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
DEFINISI PIHAK BERKEPENTINGANKepentingan bermaksud mempunyai kepentingan, iaitu perihal sifat penting, peri mustahak, keperluan; sesuatu yang penting (dituntut, dihargai) demi kebaikan, manfaat; hak atau saham dalam sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan boleh didefinisikan sebagai pihak yang mempunyai hak atau saham dalam sesuatu perkara, atau mempunyai keperluan, atau inginkan sesuatu manfaat.Makna01.03.2008
Salam sejahtera, Adakah "betapa pun" dikategorikan sebagai kata hubung? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, betapa bermaksud  peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan.

Merujuk pada buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, betapa merupakan kata tugas dan dalam kategori kata hubung.
Tatabahasa07.12.2013
Apakah istillah yang sesuai untuk UML Structural diagram UML Behavioral diagram dalam bidang Teknologi Maklumat?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "UML Structural Diagram" dan "UML Behavioral Diagram" ialah Gambar Rajah Struktur UML dan Gambar Rajah Peri Laku UML.Istilah14.04.2017
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan?

Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan.

Tatabahasa22.03.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan berkenaan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "sprite". "Sprite" ini merujuk kepada fenomena elektrik mesosfera yang berlaku di atas awan ribut (kumulunimbus); ia berupa seperti kilat yang berkelompok dan berbentuk seperti lobak, obor-obor atau tiang. Dalam PRPM, ada terjemahan bagi "sprite" (pari-pari, peri atau peperi). Adakah terjemahan yang sama boleh digunakan untuk fenomena ini? Terima kasih.Melalui semakan di internet, sprite merujuk tiga perkara/makna yang berbeza. Perkara pertama dan kedua (seperti yang tuan maklumi) ada terjemahannya dalam data kami, namun perkara yang ketiga belum ada padanannya.
Perkara ini perlu dikemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP; dan untuk sementara waktu, penggunaan sprite bagi konteks yang tersebut hendaklah diitalikkan ejaannya atau diberi huraiannya dalam bahasa Melayu bagi memahamkan khalayak.
Penyemakan dan penterjemahan25.12.2014
Bagaimanakah nak kelaskan morfem bebas dengan morfem terikat. Adakah apitan dikira 1 @ 2 morfem? Umpamaya perkataan ,'berperikemanusiaan' dikira sebanyak 4 morfem, adakah apitan 'ke...an' dianggap 1?Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an.Tatabahasa20.05.2011
1. Mengapakah dalam buku Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa kata terbitan yang menerima imbuhan apitan terdiri daripada 3 morfem, contohnya 'berkakikan' dikatakan terdiri daripada morfem ber+kaki+kan sedangkan jika diteliti imbuhan apitan beR-...-kan wujud sebagai 1 morfem. Oleh yang demikian saya inginkan kepastian bahawa adakah semua imbuhan apitan dikira sebagai 1 morfem ataupun 2 morfem? Sekian terima kasih.Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. Semua imbuhan dikira satu morfem terikat kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri dan tiada makna. Berkakikan mempunyai tiga morfem iaitu dua morfem terikat (ber dan kan) dan satu morfem bebas (kaki).Tatabahasa11.01.2013
12

Kembali ke atas