Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang yg digali di tanah utk mendapatkan air; telaga: ~ buta perigi yg tidak berair lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perigi (kata nama)
Bersinonim dengan sumur, telaga, luak.,

Puisi
 

Gali perigi di tengah padang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Ingat saya umur panjang,
     Bulan depan ke mari lagi.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
     kalau tak putus genting.

Bermaksud :

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supermoonbulan perigi (périgi)AstronomiTiadaBulan penuh yang berlaku berhampiran atau pada masa bulan berada pada titik terdekat dalam orbitnya ketika mengelilingi Bumi.
drainage wellperigi saliranHidrogeologiTiadaPerigi yang digunakan untuk mengeluarkan air tanih atau air permukaan lebihan dari akuifer yang cukup telap dan mempunyai hulu yang cukup jauh di bawah permukaan tanah untuk mengeluarkan air pada kadar yang memuaskan. Ini mungkin termasuk aliran semula jadi atau pemampaan ke perigi. Sin.: perigi serap, perigi penyerapan, perigi songsang, perigi saliran songsang, perigi negatif, perigi suntikan buangan, perigi lupusan buangan
recharge wellperigi imbuHidrogeologiTiadaPerigi yang digunakan untuk memasukkan air dari permukaan ke satu akuifer atau lebih, proses yang umumnya dikenali sebagai imbuh buatan: perigi suntik atau perigi susup. Alirannya ialah keterbalikan dari aliran perigi pengeluaran. Ruj.: Chow 1964 Sin.: perigi pengimbuh, perigi input
single well pulse techniqueteknik denyut perigi tunggalHidrogeologiTiadaPemasukan perunut ke akuifer melalui perigi semasa perigi diimbuh dengan tekanan secukupnya untuk menghapuskan kesan sementara. Denyut perunut di sebarang isi padu yang berpatutan dialihkan ke bawah oleh isi padu air yang cukup untuk menolaknya keluar dari perigi ke dalam akuifer. Denyut itu kemudiannya dipampa keluar dari perigi yang sama sesudah ditunda beberapa waktu tatkala denyut itu hanyut mengikut halaju semula jadi ke arah gradien aliran setempat. Kepekatan atau perilaku air yang dipampa itu tadi disemak dan dirakamkan (IAEA). Ruj.: Mandel 1960
control wellperigi percubaanHidrogeologiTiadaPerigi pampa atau perigi imbuh yang digunakan dalam uji akuifer, berbeza dari perigi cerapan.
capacity (of a well)kapasiti (perigi)HidrogeologiTiadaKadar maksimum sesebuah perigi dapat mengeluarkan air dengan cara pemampaan setelah air dalam perigi itu dikeluarkan. Ini adalah kadar pengeluaran ketika paras air dalam perigi disurutkan ke paras pengambilan. (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: jumlah kapasiti (perigi), kapasiti luah (perigi), daya pengeluaran hasil keupayaan
injection wellperigi suntikanHidrogeologiTiadaPerigi imbuh yang digali ke dalam akuifer dan digunakan untuk penyuntikan langsung air. Perigi ini berbeza dari perigi susup.
infiltration wellperigi susupanHidrogeologiTiadaPerigi imbuh yang digali hanya ke dalam zon tak tepu dan ia berbeza dari perigi suntikan. Sin.: perigi resapan
recoverypemulihanHidrogeologiTiadaKenaikan paras air perigi yang berlaku selepas berhentinya peluahan dari perigi itu atau perigi lain yang berdekatan. Cat.: peningkatan tekanan ialah konsep setara untuk perigi artois yang mengalir. Ruj.: Tolman 1937
collector wellperigi pengumpulHidrogeologiTiadaPerigi yang dibina dengan menurunkan satu kaison konkrit berbentuk silinder ke dalam mendapan peroi. Dasar silinder ini ditutup dengan penyumbat konkrit dan kemudian beberapa paip bertebuk dijulurkan secara mendatar ke dalam akuifer. Ruj.: Mikels, Klaer 1956 Sin.: perigi jejari, perigi pengumpul berjejari
12345678910...

Kembali ke atas