Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.hal] | ڤريحال

Definisi : 1 hal dan keadaan sesuatu: Saya ke mari hendak melihat temasya dan ~ negeri Melayu di sini. 2 sesuatu yg berlaku; peristiwa; kejadian: Telah dilihat baginda ~ itu, baginda pun terlalu murka. memerihalkan menceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,

Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon penjelasan antara pemahkotaan dan kemahkotaan yang mana lebih tepat (betul) penggunaannya dalam bahasa Melayu.Pemahkotaan bermaksud perihal perihal (perbuatan, upacara dan sebagainya) memahkotai raja. Kemahkotaan bermaksud memahkotai raja, iaitu meletakkan mahkota di kepala raja sebagai tanda raja tersebut dinobatkan sebagai raja; atau lazimnya disebut pertabalan.Makna16.03.2015
Perihal dialog. "Jangan kau datang lagi ke rumah aku ini!" Tengking Pak Mamat. Adakah perkataan seperti 'tengking' itu harus dimulakan dengan huruf besar setiap kali sesuatu ayat diakhiri dengan tanda seru dalam dialog?Salam sejahtera,

Tuan,

Penggunaan abjad selepas tanda seru ialah huruf kecil.  Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah

 "Jangan kau datang lagi ke rumah aku ini!" tengking Pak Mamat. 

Huruf "T" untuk "tengking" perlu huruf kecil kerana tanda seru pada ayat bukan tanda penutup ayat. 

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.10.2017
Apakah perbezaan antara perihal menumbuhkan dan perihal tumbuh/berkembang? https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penumbuhan+pertumbuhan&d=175768&#LIHATSINI
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "tumbuh" ialah hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain). Contoh ayat: Anak kelapa sudah mulai tumbuh. 

Manakala perkataan "menumbuhkan" pula memberi makna menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah; menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna. Contoh ayat: Baja ini gunanya untuk menumbuhkan benih semaian itu dengan cepat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna19.09.2021
apakah maksud perkataan penghayatan? bagaimanakah kita boleh menunjukkan penghayatan? apakah perkataan bahasa inggeris yang sinonim dengan perkataan penghayatan ? terima kasihPenghayatan bermaksud perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin. Sila jelaskan apakah yang saudara maksudkan dengan cara untuk menunjukkan penghayatan? Perkataan bahasa Inggeris yang boleh membawa maksud menghayati ialah "feel" atau "appreciate".Makna22.07.2009
definisi persekolahanPersekolahan ialah perihal sekolah, iaitu perihal masa belajar di sekolah (menurut Kamus Dewan Edisi ke-4)Makna16.01.2009
pengertian bagi kelahiran dari segi sosialKelahiran ialah sesuatu yg berkaitan dgn perihal lahir, perihal keluar atau terhasilnya sesuatu. Untukmakna yanglebih khusus atau mengikut bidang sila rujuk buku yang berkaitan.Makna01.08.2008
Erti Pengurusan dan Perkhidmatan. Laman mana atau dimana saya boleh mendapat rujukan tajuk tersebutPerkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas) manakal pengurusan pula ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna28.05.2008
makna perkataan pengurusan pembayaran.Telah masuk dalam carian kata tapi carian tidak berjaya kerana tiiada rekod.Pengurusan ialah perihal (kerja, dan sebagainya) mengurus sesuatu, atau perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan sebagainya). Oleh itu, 'pengurusan pembayaran' bermakna perihal mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran.Makna26.12.2007
maksud perkataan "perihal diri sendiri"Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami.Makna10.07.2009
Saya inginkan definisi dan kupasan maksud yang mendalam bagi perkataan KESIHATAN, KESEGAKAN dan KECERGASAN.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Kesegakan pula bermaksud perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan manakala kecergasan ialah perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan ingin kupasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku yaang berkaitan.Makna10.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas