Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | ڤريکماءنسياءن

Definisi : 1. sifat-sifat yg wajar bagi manusia (spt bertimbang rasa, tolong-meno­long, mengasihani, dsb); 2. keadaan manusia umumnya; berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan (spt perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb); ketidakberperikemanusiaan perihal tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | ڤريکماءنسياءن

Definisi : perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | ڤريکماءنسياءن

Definisi : sifat-sifat yg wajar bagi manusia, spt bertimbang rasa, ada belas kasihan, dpt memaafkan kesalahan orang, dan tolong-menolong. berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perikemanusiaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humanitarianperikemanusiaan/kemanusiaanSosiologiTiadaTiada
humanitarianperikemanusiaan/kemanusiaanSosiologiTiadaTiada
humanitarianperikemanusiaan/kemanusiaanUndang-undangTiadaTiada
terrorismterorismeSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan.
dadaismdadaismeKesenianDrama dan TeaterAliran yang menekankan hubungan logik antara idea dengan pernyataan serta mementingkan kebebasan mutlak dalam berkarya. Kegiatan ini diterajui oleh pelukis dan penulis muda di negara Perancis selepas Perang Dunia Pertama sebagai reaksi kepada hilangnya nilai perikemanusiaan.
extraditionpenyerahan balikSains PolitikHubungan AntarabangsaPenghantaran pulang individu atau pelarian ke negara asalnya berasaskan perjanjian ekstradisi yang dibuat antara negara. Secara umumnya, perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa sesebuah negara tiada kewajipan mengembalikan pelarian politik. Pelarian politik boleh diberikan hak suaka politik atas prinsip perikemanusiaan. Hal ini selari dengan fasal 14 dalam Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kembali ke atas