Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.la.ku] | ڤريلاکو

Definisi : tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yg menggam­barkan sikapnya: pemilihan itu didasarkan pd ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.la.ku] | ڤريلاکو

Definisi : segala perbuatan atau reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan, tindakan dsb yg menggambarkan sikap individu tsb: Berjaya atau tidak dlm temu duga itu bergantung pd ~ setiap calon. berperilaku mempunyai perilaku: Beliau dihormati kerana ~ baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perilaku


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOTIVASI

Motivasi lazimnya merujuk kepada apa sahaja

yang menyebabkan seseorang itu bertindak atau

berperilaku sebagaimana yang dilakukan pada

sesuatu masa. Ramai orang mempunyai perasaan

yang jelas terhadap bagaimanakah rasanya jika

mereka dimotivasikan untuk melakukan sesuatu.

Namun, ahli sains mendapati bahawa adalah amat

susah hendak mendefinisikan motivasi. Apabila

mengkaji motivasi, ramai di antara ahli psikologi

dan ahli sains perilaku memfokus kepada dua

aspek khusus perilaku yang dimotivasikan – iaitu

pembangkitan perilaku dan arah tujuan perilaku

itu.

UMUM 
KEDOMINANAN

Kedominanan ialah satu bentuk perilaku dalam

kalangan haiwan individu yang menunjukkan

keupayaannya untuk memenangi pertarungan

dengan haiwan-haiwan lain.

UMUM 
PSIKOLOGI TAK NORMAL

Psikologi tak normal ialah bidang kajian

saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan

psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan,

pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia.

Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi.

UMUM 
ADDISON, JOSEPH

Addison, Joseph (1672–1719), penulis dan ahli

politik Inggeris. Dia paling terkenal kerana

gandingannya dengan Sir Richard Steele, menulis

dan menerbitkan The Spectator, yang mengandungi

satu siri 555 esei popular yang diterbitkan pada tahun

1711 dan pada tahun 1712. Esei ini bertujuan

memperbaik moral dan tatatertib, mempertingkat

tahap kebudayaan pembaca daripada golongan kelas

menengah, dan memperkenalkan idea sains dan

falsafah yang penting. Kebanyakan esei ini

mengandungi huraian mengenai perilaku dalam

masyarakat, percintaan dan perkahwinan, dan sastera.

UMUM 

Kembali ke atas