Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.la.ku] | ڤريلاکو

Definisi : tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yg menggam­barkan sikapnya: pemilihan itu didasarkan pd ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.la.ku] | ڤريلاکو

Definisi : segala perbuatan atau reaksi seseorang terhadap sesuatu rangsangan, tindakan dsb yg menggambarkan sikap individu tsb: Berjaya atau tidak dlm temu duga itu bergantung pd ~ setiap calon. berperilaku mempunyai perilaku: Beliau dihormati kerana ~ baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perilaku


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sexual behaviourperilaku seksVeterinarPraklinikalTingkah laku yang ditunjukkan oleh haiwan jantan dan betina semasa musim mengawan. Perilaku seks yang ditunjukkan oleh haiwan jantan ialah kemahuan dan keupayaannya untuk mengawan. Manakala haiwan betina pula menunjukkan perilaku seksnya dengan berdiri sedia untuk menerima haiwan jantan.
dangerous mannerperilaku bahayaSukanTiadaPerilaku pemain yang bahaya, misalnya mengangkat kayu tinggi.
feeding behaviourperilaku makanPerikananTiadaTabiat pemakanan kumpulan ikan tertentu berdasarkan jenis makanan, masa makan, habitat dan peringkat umur ikan. Perilaku makan boleh digolongkan kepada beberapa kategori seperti pemakan bangkai, karnivor, herbivor dan omnivor. Sinonim tabiat makan.
collective behaviourperilaku bersamaKomunikasiKorporatKesan sesuatu kempen yang menyebabkan khalayak yang menerima sesuatu mesej bertindak secara bersama. Kesan ini ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku khalayak sasaran yang menerima mesej yang sama daripada sumber maklumat yang sama. Mesej yang disebarkan boleh menggunakan satu atau lebih kaedah penyaluran maklumat yang diuruskan oleh agen pengiklanan atau organisasi. Dalam perhubungan awam, perilaku bersama sering terjadi selepas sesuatu kempen dilaksanakan. Contohnya, kempen menderma darah selepas tersebarnya peristiwa yang melibatkan kecederaan kepada orang awam secara besar-besaran. Contoh lain ialah kempen menderma makanan dan pakaian setelah tersebarnya berita mengenai banjir besar atau tsunami. Mesej kempen tersebut telah mendorong pelbagai pihak untuk melakukan tindakan bersama seperti yang diuar-uarkan melalui saluran kempen di kawasan khalayak berada.
illogical behaviourperilaku tak logikFizikTiadaTiada
price behaviourperilaku hargaGeografiTiadaTiada
spatial behaviourperilaku ruanganGeografiTiadaTiada
suboptimal behaviourperilaku suboptimumGeografiTiadaTiada
search behaviourperilaku carianGeografiTiadaTiada
satisficer behaviourperilaku pemuasGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas