Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rim.ba.ngan]/[per.im.ba.ngan] | ڤرايمبڠن

Definisi : persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rim.ba.ngan]/[per.im.ba.ngan] | ڤرايمبڠن

Definisi : keadaan berimbang; persamaan berat (kuat, banyak dll): ~ akan diperoleh di kalangan semua kaum dlm bidang pengurusan, pemikiran dan pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perimbangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detailed balancingperimbangan terperinciFizikTiadaTiada
cognitive balancingperimbangan kognitifKomunikasiKorporatKonsep dalam teori ketekalan yang menjelaskan bahawa sesuatu motivasi penyelesaian konflik dalam memilih strategi penyaluran maklumat atau membuat keputusan banyak bergantung pada jumlah maklumat yang ada. Maklumat ini adalah mengenai kecenderungan kekuatan minda manusia untuk mencari keharmonian dan keseimbangan yang dijangka boleh menguntungkan pihak yang terlibat. Teori ini banyak digunakan dalam bidang pengiklanan dan bidang komunikasi lain, seperti komunikasi pembangunan dan perhubungan awam yang menekankan keperluan pemujukan. Sebelum penyediaan mesej berunsur pemujukan terutama mesej yang bertentangan dengan kepercayaan umum, pihak penyalur mesej perlu mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai khalayak sasaran mesej, terutama dari segi kekuatan minda mereka. Contohnya, sebelum penerbitan pengiklanan makanan ringan dilakukan, pihak pengiklan akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai kesedaran ibu bapa terhadap pengambilan makanan yang menyihatkan berbanding maklumat mengenai pengambilan makanan yang memudaratkan. Sekiranya ketahanan mental ibu bapa adalah rendah terhadap pengetahuan mengenai makanan kesihatan, maka keadaan ini akan memudahkan pihak pengiklan untuk menyusun strategi penerbitan atau penyiaran mesej iklan bagi menguasai minda khalayak sasaran. Bagaimanapun, jika daya ketahanan terhadap makanan kesihatan tinggi, pihak pengiklan akan mencari kaedah lain untuk memecahkan daya ketahanan tersebut. Daya ketahanan dalam kalangan khalayak banyak bergantung pada jumlah maklumat yang dimiliki.
balancing switchsuis perimbanganGeologiTiadaTiada
sectional balancing (of ledger)perimbangan bahagianEkonomiTiadaTiada
buffer zonezon penampanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kawasan lapang pada kelebaran tertentu yang diperuntukkan sebagai pemisah antara dua atau lebih guna tanah yang bercanggah untuk memberi perimbangan alam sekitar dan perlindungan keselamatan.
ententekesepakatanSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah diplomatik yang merujuk kepada bentuk persefahaman sama ada secara khusus atau umum antara dua atau lebih negara. Persefahaman ini di luar daripada perjanjian rasmi atau pakatan rasmi antara negara. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Perdana Menteri Perancis M. Guizot pada tahun 1843, iaitu entente cordiale. Pada tahun 1904, persefahaman politik wujud antara Britain dengan Perancis. Melalui persefahaman ini, Britain mendapat hak kebebasan untuk memperluas pengaruhnya di Mesir, manakala Perancis pula mendapat kebebasan untuk menjajah Morocco. Persefahaman ini merupakan sebahagian daripada prinsip perimbangan kuasa di Eropah. Jerman menentang persefahaman tersebut kerana kepentingan ekonomi dan politiknya di wilayah kedua-dua negara ini terjejas.

Kembali ke atas