Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ri.mé.ter] | ڤيريميتر

Definisi : (périméter) (Mat) ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ri.mé.ter] | ڤيريميتر

Definisi : /périméter/ ist ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (spt segi empat, segi tiga, bulatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perimeter


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLIGON

Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh

segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah

panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut

yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon,

manakala titik pertemuan semua sisinya ialah

verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai

tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi

empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon;

tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon;

sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh

sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua

belas sisi, dodekagon.

UMUM 
OKTAGON

Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia

merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi

oktagon bertemu di titik yang dikenali

sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam.

Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa

membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali

sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut

yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh

hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah

poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya.

UMUM 

Kembali ke atas