peringkat-peringkat perancangan bahasa | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh merujuk buku-buku seperti dibawah : 1. Warna dan suasana : perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2006 2. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia | Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1989 3. Pembinaan Bahasa Melayu - Perancangan Bahasa di Malaysia | Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1992 | Lain-lain | 06.04.2008 |
Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa... | Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Salam, saya ingin tahu kata sendi nama yang betul untuk ayat di bawah: Sukan badminton Malaysia mempunyai martabat yang tinggi (di/pada) peringkat dunia. Adakah penggunaan di/pada untuk kes ini (apabila digandingkan dengan istilah 'peringkat dunia/peringkat antarabangsa/peringkat negeri/sebagainya berbeza mengikut subjek ayat? Jika ya, apakah yang membezakannya? Terima kasih. | Dengan berdasarkan penggunaan kata sendi nama di dan pada seperti yang dinyatakan di atas, didapati bahawa penggunaan kata sendi di dan pada dalam frasa di peringkat dan pada peringkat tidak jelas. Persoalannya ialah adakah peringkat menunjukkan konsep tempat atau keterangan waktu dan tempat? Yang jelas ialah peringkat bukan menerangkan tempat. Oleh sebab itu, penggunaan frasa sendi nama di peringkat tidak tepat. Peringkat bermaksud kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatnya. Sebagai kesimpulannya, frasa sendi nama pada peringkat lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama di peringkat. | Tatabahasa | 19.01.2015 |
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" adalah betul? "Peringkat" ialah masa atau waktu, ini menandakan bahawa "peringkat" menerima kata sendi nama "pada"? | Pada peringkat. | Tatabahasa | 27.05.2014 |
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Makna | 01.04.2008 |
Cikgu, frasa "di peringkat" atau "pada peringkat" lebih tepat berdasarkan tatabahasa? Pada pengetahuan saya, "peringkat" bermaksud tahap. Tetapi, adakah "tahap" ini melibatkan masa? Jika melibatkan masa, maka kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan perkataan "peringkat" kerana salah satu fungsi kata sendi nama "pada" ialah "pada" menerangkan waktu. Saya rasa bahawa frasa "di peringkat" tidak betul kerana kata sendi nama "di" hanya menunjukkan tempat, sedangkan perkataan "peringkat" tidak membawa maksud tempat. Berhubung dengan masalah ini, apakah pendapat cikgu? | Fras yang betul ialah "pada peringkat". Penerangan yang tuan sampaikan itu betul. | Tatabahasa | 04.08.2014 |
Bagaimanakah untuk membezakan "di peringkat" dan "pada peringkat"? Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa tiada jawapan yang tepat yang diberikan oleh pihak tuan kerana kadangkala pihak tuan menjawab bahawa "pada peringkat" itu betul, tetapi apabila sampai peringkat penggunaannya, pihak tuan menggunakan "di peringkat". Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "pada peringkat" kerana kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Pada peringkat / di peringkat? | Pada peringkat. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
pada peringkat antarabangsa atau di peringkat antarabangsa? | pada peringkat antarabangsa | Tatabahasa | 08.11.2010 |
1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif | 1. jawapan yang betul ialah pada peringkat. 2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya | Tatabahasa | 13.10.2011 |