Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
principle of optimalityprinsip keoptimumanPentadbiranTiadaDalam pemprograman dinamik jika diberi keadaan sistem semasa, polisi optimum bagi peringkat-peringkat seterusnya tidak bersandar kepada polisi yang digunakan dalam peringkat-peringkat sebelumnya.
stage circulationedaran peringkatKejuruteraanTiadaJumlah bahan yang memasuki ke satu peringkat dari peringkat-peringkat yang lain pada lata pemisahan isotop.
stage mass flowaliran jisim peringkatKejuruteraanTiadaJumlah bahan yang memasuki ke satu peringkat dari peringkat-peringkat yang lain pada lata pemisahan isotop.
inductive procedureprosedur induktifPendidikanTiadaPeringkat-peringkat yang terlibat dalam meneliti dan merumuskan prinsip atau hukum daripada sesuatu sampel.
reversible processproses berbalikKejuruteraanTiadaKitar proses yang peringkat-peringkat kendaliannya boleh dikendalikan secara songsang menghasilkan kesan yang songsang.
reversible processproses berbalikKejuruteraanTiadaKitar proses yang peringkat-peringkat kendaliannya boleh dikendalikan secara songsang menghasilkan kesan yang songsang.
toneirapKomunikasiTiadaPerbezaan yang dapat dilihat pada peringkat-peringkat warna.
chemoparasitic theoryteori kemoparasitikPerubatanTiadaTeori etiologi karies yang menyatakan karies adalah proses kimia paresis dua peringkat. Peringkat pertama ialah pengekalsifikasian enamel dan peringkat kedua ialah pendekalsifikasian dentin. Sinonim: teori sidongenik.
resting linegaris rehatPerubatanTiadaGaris pada tulang yang berstain gelap oleh hematozilin, menandakan peringkat-peringkat pembentukan.
cone of experiencekon pengalamanPendidikanTiadaModel berbentuk kon yang dihasilkan oleh Dale untuk menyatakan peringkat-peringkat pengalaman dari maujud kepada abstrak.
12345678910...

Kembali ke atas