Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rin.tang] | ڤرينتڠ

Definisi : , perintang-rintang sesuatu yg di­­lakukan bagi merintang-rintang (hati, fikir­an, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.tang] | ڤرينتڠ

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­rintangi; 2. orang yg merintangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.tang] | ڤرينتڠ

Definisi : 1 sesuatu yg merintang, merintangi atau yg dirintangkan. 2 orang yg merintangi; penghalang; penyekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Perintang Diod" adalah terjemahan yang betul bagi "Resistance Diode"? Mohon pengesahan pihak DBP. Terima kasih.

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah diode-resistor logic gate yang padanannya ialah get logik diod-perintang dan diode-resistor gate padanannya ialah get diod-perintang.
Terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan resistance ialah rintangan. Puan bolehlah membuat terjemahan berdasarkan konsep yang hendak disampaikan.

Penyemakan dan penterjemahan16.03.2019
Salam sejahtera, Adakah "Diod Perintang" adalah terjemahan yang betul bagi "Resistance Diode"? Mohon pengesahan pihak DBP. Terima kasih.

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah diode-resistor logic gate yang padanannya ialah get logik diod-perintang dan diode-resistor gate padanannya ialah get diod-perintang.
Terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan resistance ialah rintangan. Puan bolehlah membuat terjemahan berdasarkan konsep yang hendak disampaikan.

Penyemakan dan penterjemahan16.03.2019
Kami ingin mengetahui maksud Penggalang.Adakah maksudnya ia menghalang atau menyekat? Nama Penggalang ini akan diletakan pada bot - bot laju APMM.

 

Tuan,

Maksud penggalang menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang digunakan untuk menggalang atau perintang.

 Terima kasih

Makna01.07.2011
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, pencarian istilah DBP menterjemahkan "asphalt" kepada "asfalt". Bukankah terdapat istilah "turap" yang kebiasaannya digunakan? (cth: jalan berturap). Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Saya juga ingin bertanya, yang mana lebih tepat: 1) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGAR esok; atau 2) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGARI esok. Terima kasih.Waalaikumussalam...

Menurut Istilah MABBIM daripada data kami maksud asphalt dari bidang geologi ialah asfalt. Maksud asfalt ialah dari bidang fizik dan geografi ialah:
1. bahan berbitumen yang berbentuk separuh pepejal, berlekit, berwarna hitam, dan terdiri daripada campuran alkana, hidrokarbon aromatik, dan sebatian hidrokarbon yang lebih kompleks.
2. Bahan perintang asid dalam cetak guris. 

Ayat yang betul ialah mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut didengari esok.

Sekian terima kasih.
Istilah22.01.2018
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018

Kembali ke atas