Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rin.tang] | ڤرينتڠ

Definisi : , perintang-rintang sesuatu yg di­­lakukan bagi merintang-rintang (hati, fikir­an, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.tang] | ڤرينتڠ

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­rintangi; 2. orang yg merintangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.tang] | ڤرينتڠ

Definisi : 1 sesuatu yg merintang, merintangi atau yg dirintangkan. 2 orang yg merintangi; penghalang; penyekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
RC couplinggandingan rcFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanGandingan yang menggunakan perintang-perintang sebagai impendans masukan dan keluaran bagi litar-litar yang digandingkan.
adjustable resistorperintang boleh larasTeknikElektrikPerintang yang boleh diubah-ubah nilai rintangannya dengan melaraskan tombol perintang tersebut. Rintangan tetap masih boleh diperoleh daripada kedua-dua hujung perintang tersebut, sementara rintangan boleh ubah diperoleh di antara bahagian-bahagian bergerak dengan salah satu hujung rintangannya tetap. sinonim perintang boleh ubah.
quenchlindapKejuruteraanTiadake dalam air atau minyak. [KM],7. Perintang atau perintang-pemuat memirau sesuatu sentuhan, untuk mengurangkan pembungaapian apabila arus diputuskan pada litar beraruhan. [KE],8. Penamatan nyahcas dalam tiub pembilang sinaran dengan perencatan pencucuhan semula.[KE],9. Perencatan atau penghapusan suatu proses oleh suatu proses lain.
carbon resistorperintang karbonTeknikElektrikPerintang yang dibuat daripada bahan karbon, sama ada menggunakan plat karbon atau serbuk karbon. Tekanan ke atas perintang ini boleh dilaraskan. Semakin rendah tekanannya semakin tinggi nilai rintangan yang dihasilkan. Perintang jenis ini lebih murah daripada rintangan belitan dawai, tetapi mempunyai ciri kerintangan negatif. Nilai rintangan tetapi mempunyai ciri kerintangan negatif. Nilai rintangan perintang karbon biasanya ditulis dengan menggunakan kod warna, kerana saiznya kecil dan nilainya sukar dituliskan pada badannya.
armature regulating resistorperintang mengatur angkerTeknikElektrikPerintang yang ditugaskan untuk mengatur kelajuan atau kilas motor berbeban. Perintang ini disambungkan sesiri dengan angker atau litar bekalan. Perintang jenis ini dapat mengawal kelajuan di bawah kelajuan biasa motor hingga ke sifar. Namun kawalan jenis ini kurang digunakan kerana mahal harganya, pembaziran tenaga pada reostat, dan perubahan kelajuannya ketara dengan perubahan beban.
field discharge resistorperintang nyahcas medanTeknikElektrikPerintang yang disambung selari dengan belitan medan penjana. Perintang ini digunakan untuk membolehkan belitan itu menyahcas tanpa menaikkan voltan apabila suis litar medan dibuka. Biasanya litar ini disambung dengan suis dua kutub dua hala berserta bilah tambahan yang akan menyambungkan perintang apabila litar di belitan itu terputus.
starting resistorperintang mulaTeknikElektrikPerintang tambahan yang dipasang di luar litar motor bagi membolehkan motor tersebut berputar dengan selamat semasa mula-mula dihidupkan. Perintang ini juga dapat membawa beban pada arus dan kilas yang selamat, di samping mengehadkan arus permulaan yang mendadak. Perintang mula biasa digunakan pada motor a.t. ukuran sederhana dan besar, dan motor a.u. ukuran kecil dan sederhana.
plugging resistorperintang palamTeknikElektrik1. Perintang yang terdapat dalam sel utama dan sekunder tanpa sambungan ke litar luar. Perintang ini menentang aliran arus, dan seterusnya mengehadkan arus semasa berlaku litar pintas; bagi bateri kering kira-kira 25 ampere dan bateri storan 300 ampere; perbezaan arus ini disebabkan oleh kewujudan rintangan palam. 2. Perintang dalam motor aruhan tanpa sebarang sambungan ke litar luar.
pulldown resistorperintang tarik bawahKejuruteraanTiada1. Perintang yang disambung kepada voltan negatif atau kepada bumi.,2. Perintang yang disambung kepada merentasi keluaran peranti atau litar untuk menetapkan keluaran sama dengan atau kurang daripada aras masukan 0 bagi peranti digit yang mengikuti.
field regulating resistorperintang mengatur medanTeknikElektrikPerintang yang mengawal kelajuan motor pirau/majmuk dengan menggunakan perintang boleh laras yang dipasangkan sesiri dengan belitan medan pirau.
12345678910...

Kembali ke atas