Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1 rasa sesuatu makanan (apabila dimakan): Sifat-sifat yg dikehendaki, spt warna bunga, saiz dan ~nya boleh dikekalkan dgn mudah. 2 sedap (bkn makanan); enak; lazat. 3 = bahan ~ bahan yg dimasukkan ke dlm masakan utk mempersedap rasa makanan itu. berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup?Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning.Makna09.05.2012
Assalamualaikum. Saya perlu menterjemahkan frasa Essential Oil Flavoring yang merujuk kepada minyak pati yang boleh digunakan untuk memperisakan makanan. Manakah terjemahan yang tepat antara Minyak Pati Perisa atau Perisa Minyak Pati? Terima kasih.Sila pastikan penggunaan bahasa Inggeris yang betul untuk mendapatkan padanan Bahasa Melayu yang betul. Bersama-sama ini disertakan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep yang ingin disampaikan.

1. Essential Oil Flavour: Perisa minyak pati
2. Essential Oil Flavouring: Pemerisaan minyak pati
Penyemakan dan penterjemahan14.08.2020
"perisa vanila semula jadi" atau "perisa vanila semulajadi"?Ejaan yang betul ialah perisa vanila semula jadi.Ejaan09.10.2007
Apakah terjemahan sesuai untuk "chicken flavour seasoning"? Adakah perencah perisa ayam atau perencah perasa ayam lebih sesuai? Berdasarkan carian, flavour adalah perisa manakala seasoning adalah perasa. Namun sekiranya digabungkan, bunyi kurang menarik iaitu perasa perisa ayam ("direct translate" untuk chicken flavour seasoning). Jadi adakah penggunaan perencah sebagai terjemahan untuk seasoning dibolehkan? Pertanyaan saya merujuk kepada ejaan untuk pelabelan pada makanan. Sekian terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk “chicken flavoured seasoning” ialah perasa ayam.Makna29.07.2022
Tuan, saya tengok iklan banyak menggunakan baharu untuk terjamahan "new". Contohnya, "Perisa Baharu". Adakah salah kalau "Perisa Baru" digunakan? Kerana ada juga saya terlihat iklan yang tertulis "Piza Baru". Terima Kasih.

Frasa peris baru atau perisa baharu, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan piza baru atau piza baharu.

Tatabahasa08.12.2011
perasa atau perisa ?

Saudara,

Perkataan perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour dalam bahasa Inggeris, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning dalam bahasa Inggeris. 

Istilah16.09.2010
Tjahjono Widijanto Jul 7th, 9:50pm Mohon informasi. Apakah jurnal Perisa msih terbit?Untuk makluman tuan, DBP tidak lagi menerbitkan Jurnal Perisa.Lain-lain07.07.2015
Bubble Gum flavour boleh diterjemahkan kepada "perisa Bubble Gum"? Adakah bahasa melayu untuk "Bubble Gum". Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bagi istilah bubble gum flavour dalam bahasa Melayu ialah perisa gula getah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.02.2024
apakah perkataan yang sesuai untuk No Added Flavourings dalam bahasa melayu 1) Tanpa bahan perisa 2) Tanpa perasa tambahan

Padanan yang tepat untuk No Added Flavourings dalam bahasa Melayu ialah tanpa perisa tambahan. Untuk makluman saudara, perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang diletakkan ke dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enak. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning.


Istilah24.03.2020
Apakah penterjemahan untuk perisa roti; 1. Salted Caramel 2. Black ForestCadangan bahasa Melayu untuk perisa roti “salted caramel” dan “black forest” ialah karamel masin dan black forest. Makna29.03.2021
123

Kembali ke atas