Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1 rasa sesuatu makanan (apabila dimakan): Sifat-sifat yg dikehendaki, spt warna bunga, saiz dan ~nya boleh dikekalkan dgn mudah. 2 sedap (bkn makanan); enak; lazat. 3 = bahan ~ bahan yg dimasukkan ke dlm masakan utk mempersedap rasa makanan itu. berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisa


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cukavinegarCecair berasid yang dihasilkan daripada proses penapaian semula jadi dan biasanya digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa.Sekolah Rendah

Kembali ke atas