Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1 rasa sesuatu makanan (apabila dimakan): Sifat-sifat yg dikehendaki, spt warna bunga, saiz dan ~nya boleh dikekalkan dgn mudah. 2 sedap (bkn makanan); enak; lazat. 3 = bahan ~ bahan yg dimasukkan ke dlm masakan utk mempersedap rasa makanan itu. berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERISA

PERISA, jurnal puisi Melayu.  Jurnal ini diterbitkan secara berkala sekali setahun mulai tahun 1993 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

SASTERAPenerbitan
SAFRON

Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa

makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma

dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim

luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus

Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah

bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih

kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram

safron komersial. Safron mempunyai bau yang

harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam

masakan dan untuk memperisa dan

mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan

India menggunakannya untuk memperasa pelbagai

makanan.

UMUM 
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
MALT

Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila

barli dan sesetengah bijian yang lain diproses

secara khusus. Ia digunakan dalam proses

membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai

sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai

barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan

makanan bayi.

UMUM 
ARAK PAHIT

Arak pahit ialah istilah bagi cecair yang

diekstrak daripada herba, daun, kulit kayu, akar,

atau putik buah yang pahit. Banyak orang yang

meminum arak pahit sebagai ubat untuk

menambahkan selera dan mengaktifkan

pencernaan. Manusia juga menggunakan arak

pahit sebagai perisa dalam minuman alkohol

tertentu. Sesetengah arak pahit jenis tertentu

termasuklah Angostura, cinchona, limau oren,

gentian, dan camomile.

UMUM 
TANSY

Tansy ialah tumbuhan yang berkaitan dengan

thistle . Ia mula tumbuh liar di Eropah dan Siberia.

Kini ia sering ditanam di taman dan biasanya terdapat

di Amerika Utara dan New Zealand. Daun dan

bunganya berasa pahit dan berbau kuat. Daunnya

pernah digunakan sebagai perisa. Daunnya yang

berwarna hijau tua mengeluarkan minyak yang

dikenali sebagai minyak tansy . Minyak ini beracun,

tetapi digunakan dalam ubat-ubatan. Bunganya

berwarna kuning.

Pengelasan saintifik. Tansy membentuk genus

Tanacetum dalam famili Compositae (Asteraceae).

UMUM 
LIK

Lik ialah sayur yang berkaitan dengan bawang.

Tumbuhan lik mempunyai banyak daun leper yang

bersambung di pangkalnya untuk membentuk

batang yang tebal. Batang lik lebarnya 2.5

sentimeter hingga lima sentimeter, dan panjangnya

10 sentimeter hingga 20 sentimeter. Batangnya

adalah bahagian yang boleh dimakan, rasanya

seperti rasa bawang. Lik dimakan mentah, dimasak,

atau digunakan sebagai perisa untuk makanan lain.

UMUM 
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
TEMBAKAU SEDUTAN

Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau

kering yang dibuat daripada daun pokok

tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh

haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan

ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan

di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering

mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok

pada gusi atau dicelup – iaitu diletakkan di dalam

mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah.

Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan

untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau

sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa

deria bau dan mengurangkan kebolehan

mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa

penggunaan tembakau sedutan meningkatkan

risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi

yang lain.

UMUM 

Kembali ke atas