Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sa] | ڤريسا

Definisi : 1 rasa sesuatu makanan (apabila dimakan): Sifat-sifat yg dikehendaki, spt warna bunga, saiz dan ~nya boleh dikekalkan dgn mudah. 2 sedap (bkn makanan); enak; lazat. 3 = bahan ~ bahan yg dimasukkan ke dlm masakan utk mempersedap rasa makanan itu. berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisa


Pantun

PantunSumberTema
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang tiada yang makan; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang binasalah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang rasanya hambar; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang bahayanya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang lauk terbuang; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang kutuk pun datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang patah selera; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang hidup sengsara.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan bagi perisa, Percik daging kuda; Jangan putus asa, Adik masih muda.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bagaimana makan takkan perisa, Nasi hangat gulai pun lemak; Bagaimana badan takkan binasa, Hati jahat perangai pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bawang putih dibuat rempah, Supaya perisa makanan orang; Abang kupilih taat bersumpah, Kiranya lidah suka bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sagu rendang rasanya lemak, Lemak perisa dinikmati orang; Mau senang berkerja tunak, Tunak berkerja rezeki datang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ramailah orang membawa labu, Labu perisa digulai lemak; Pandai orang kerana berilmu, Ilmu ada perangai pun bijak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas