Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pe­lindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perisai (kata nama)
1. Bersinonim dengan taming: rangin, jebang, selukung, telabang,

2. Bersinonim dengan pelindung: pemelihara, pembela, penaung, payung, penahan, pendinding, deking.,



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perisai bagi sekalian mukhalaf Tiada1961 
Perisai hikmat orang IslamPenerbitan NottansTiada1980 
Perisai ancaman Tiada  
Perisai bagi sekalian mukallaf atau simpulan iman atas Mazhab SalafAl-HidayahTiada2003983-099-492-3
Perisai kasih yang terkoyakP.T. GramediaTiada2000 
Perisai kasih yang terkoyakGramedia Pustaka UtamaTiada1986 
Perisai anchaman Tiada  
Pingat dan perisaiDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Pesta Bahas IPT '99 untuk Perisai Ketua Pengarah DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999 

Kembali ke atas