Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pe­lindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perisai (kata nama)
1. Bersinonim dengan taming: rangin, jebang, selukung, telabang,

2. Bersinonim dengan pelindung: pemelihara, pembela, penaung, payung, penahan, pendinding, deking.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERISAI

Perisai ialah sejenis balutan yang digunakan

khusus untuk perlindungan ketika dalam

peperangan. Sejak berabad-abad lamanya, bahan

seperti kulit haiwan, gangsa, dan keluli telah

digunakan untuk membuat perisai. Hari ini,

perisai digunakan terutamanya pada kapal, kereta

kebal, dan juga kenderaan tentera yang lain.

UMUM 
PERISAI KANADA

Perisai Kanada ialah kawasan besar dan

berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk

Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi.

Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan

bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau

Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per

sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan

Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan

dan Wilayah Barat Laut.

UMUM 
PERISAI HABA

Perisai haba ialah penutup pada kon muncung

kapal angkasa atau roket. Ia melindungi

angkasawan dan peralatan daripada haba yang

amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan

kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan

demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari

orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba

melalui geseran terhadap permukaan kapal

angkasa.

UMUM 
AEGIS

Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba,

ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan

untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya.

Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter,

membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang

kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi

pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut

terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut,

Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat

menukar manusia kepada batu.

UMUM 
TELINGA GAJAH

Telinga gajah ialah tumbuhan berdaun besar

yang berbentuk seperti telinga gajah atau perisai.

Terdapat dua spesies biasa. Di Pasifik Selatan, satu

jenis telinga gajah dimakan ubinya seperti kentang

dan ia dikenali juga sebagai taro, eddo, dan

dasheen . Telinga gajah yang ditanam di batas

bunga adalah serupa, tetapi ia mempunyai akar

yang lebih kecil dan daun yang lebih cantik. Lihat

juga Taro .

Pengelasan saintifik. Telinga gajah tergolong dalam

famili arum, Araceae. Jenis hiasan ialah Colocasia

antiquorum .

UMUM 
KUTU KAYU

Kutu kayu ialah nama sekumpulan krustasea

(haiwan yang mempunyai perisai badan) yang

hidup di darat yang badannya bujur leper.

UMUM 
SHERIDAN, PHILIP HENRY

Sheridan, Philip Henry (1831–1888)

Ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan terutamanya

kerana kejayaannya dalam Perang Saudara

Amerika (1861–1865). Dia menjadi terkenal sebagai

ketua pasukan kereta perisai semasa Perang

Saudara Amerika di Lembah Shenandoah,

Virginia.

UMUM 
REJIMEN

Rejimen ialah organisasi tentera yang

bertanggungjawab terhadap perumahan dan

penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya.

Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa

kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron

(tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri).

Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya

dua batalion semasa aman atau paling

ramai 15 batalion semasa perang.

UMUM 
SURAH AL-HADID

Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan

surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana

kandungannya menceritakan tentang besi. Besi

merupakan sumber kekuatan manusia dalam

peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga

digunakan untuk membina bangunan. Selain itu,

besi boleh digunakan untuk membina jambatan

besar, membuat alat perisai, pedang dan panah,

kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang

berat dan barang-barang lain yang berfaedah.

UMUM 
TASIK GREAT BEAR

Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di

Kanada dan tasik yang keempat terbesar di

Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan

31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut.

Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan

yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan

Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga

terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini

selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun.

UMUM 
12

Kembali ke atas