Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pe­lindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perisai (kata nama)
1. Bersinonim dengan taming: rangin, jebang, selukung, telabang,

2. Bersinonim dengan pelindung: pemelihara, pembela, penaung, payung, penahan, pendinding, deking.,



Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jabbang Bj Sptaming atau perisai.Taming atau perisai ini terdiri daripada dua jenis yang sering terdapat pada masyarakat Bajau Semporna iaitu taming jenis Jabbang yang bentuknya panjang kira-kira dua kaki di bahagian hujung sebelah atas dan bawahnya berbentuk tajam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kolid Kdperisai.Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngolitan Kd Rnbaju ditenun daripada kapas.Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas