Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pe­lindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta ten­tera yg berdinding atau berlapis besi (utk me­lindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sai] | ڤريساي

Definisi : 1 alat drpd besi dll yg digunakan utk melindungi diri dan menangkis senjata. 2 barang yg berupa seakan-akan perisai 1 yg dijadikan hadiah rebutan dlm sesuatu pertandingan. 3 ki orang (alat dll) yg dijadikan pelindung drpd sesuatu. 4 dataran tinggi yg luas dan kukuh yg terbina drpd batu-batan keras dan bentuknya seakan-akan perisai 1 (terdapat di benua tertentu): ~ Kanada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perisai (kata nama)
1. Bersinonim dengan taming: rangin, jebang, selukung, telabang,

2. Bersinonim dengan pelindung: pemelihara, pembela, penaung, payung, penahan, pendinding, deking.,



Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
ablative shieldperisai ablasiperisai ablasi/perisai ablatifperisai ablasi/perisai ablatifAeroangkasa
shieldperisaiperisaiperisaiAeroangkasa
sun shieldperisai matahariperisai matahariperisai matahariKejuruteraan
abrasion shieldsperisai abrasiperisai lelasanperisai lelasKejuruteraan Kapal Terbang
solar shieldperisai suryaperisai suriaperisai suriaAeroangkasa
embryonic shieldperisai embrioperisai embrioperisai embrioPerikanan
Hallinger shieldperisai Hallingerperisai Hallingerperisai HallingerKejuruteraan
Greathead shieldperisai Greatheadperisai Greatheadperisai GreatheadKejuruteraan
biological shieldperisai biologiperisai biologiperisai biologiKejuruteraan
armour plateplat perisaiplat perisaiplat perisaiKejuruteraan
123

Kembali ke atas