Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : bekas bulat drpd aluminium dll tempat memasak nasi (gulai dsb). ~ api bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. ~ belanga berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. ~ nasi a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. ~ tekanan sj periuk logam yg bertutup dan kedap udara, di dlmnya makanan (spt daging) boleh dimasak atau dilembutkan dgn cepat, dgn menggunakan wap yg mempunyai tekanan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Periuk KeraE. SoepadmoDewan Pelajar1 January 1978
Periuk Nasi (improvasi reka tari)Mohamed Ghouse NasuruddinDewan Sastera1 May 1992
Periuk NasiMohamed Ghouse NasaruddinDewan Sastera1 June 1992
Periuk Nasi (improvisasi reka tari)Mohamed Ghouse NasuruddinDewan Sastera1 July 1992
Tudung periuk pandai menari: Penggunaan bahan sastera dalam pengajaranbahasa MelayuHadijah RahmatPelita Bahasa1 October 1996
Teknologi baharu periuk apiAdrian Zulkarnain Zakaria DharamarajDewan Kosmik1 February 2008
Budaya Menjaja Demi Periuk Nasi Dan Masa HadapanMohamad Daud MohamadDewan Budaya1 December 2000
Memasak air dalam periuk kertasRudinDewan Siswa1 September 1981

Kembali ke atas