Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : bekas bulat drpd aluminium dll tempat memasak nasi (gulai dsb). ~ api bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. ~ belanga berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. ~ nasi a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. ~ tekanan sj periuk logam yg bertutup dan kedap udara, di dlmnya makanan (spt daging) boleh dimasak atau dilembutkan dgn cepat, dgn menggunakan wap yg mempunyai tekanan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mempunyai kemusykilan mengenai tanda baca bagi ayat di bawah. Perempuan tua itu memberi gadis itu sebuah periuk. "Periuk ini akan memasak bubur yang sangat sedap," katanya. "Kau cuma perlu berkata, 'Masaklah, wahai periuk, masaklah!'" Adakah tanda seru (!) berada sebelum atau selepas tanda (')? Terima kasih.Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Tanda seru berada sebelum tanda petik ( " ).Tatabahasa16.04.2013
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan bagi "multi cooker"? "Mltui cooker" ialah peralatan dapur. 1) Periuk pelbagai guna 2) Periuk pelbagai 3) Periuk multi Sekiranya semua jawapan di atas salah, sila berikan pendapat tuan/puan. Terima kasih.Kami mencadangkan multi-cooker diterjemahkan kepada periuk pelbagai guna.Tatabahasa27.03.2015
Perkataan "Sebiji Periuk" adakah perkataan yang betul? Terima kasih.

Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah periuk.

Tatabahasa08.04.2010
Salam dan selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'Smart cooker'? Adakah 'periuk pintar'? Terima kasih.
 Terjemahan yang sesuai ialah periuk pintar.
Lain-lain07.10.2015
Assalamualaikum. 1. Perkataan menjerang diertikan sebagai "meletakkan periuk (dll) di atas api untuk memasak". (Kamus Dewan edisi 4). Adakah ia bermaksud perkataan menjerang boleh digunakan untuk memasak apa-apa sahaja (nasi, air, lauk-pauk)? Tidak khusus untuk air? 2. Kamus Dewan edisi 4: Menanak bermaksud "memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll). Kamus Pelajar Edisi 2: Menanak bermaksud "memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi)". Malah diberikan contoh menanak kentang dan menanak santan. Adakah perkataan menanak juga boleh digunakan untuk tujuan memasak apa-apa sahaja, tidak khusus untuk nasi?1. Perkataan menjerang juga bermaksud memasak. Oleh itu, ia tidak khusus untuk menjerang air sahaja.

2. Perkataan menanak tidak khusus untuk menanak nasi sahaja. Jika memasak sesuatu dengan hanya merebus sahaja, perkataan menanak juga boleh digunakan.
Lain-lain29.03.2021
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
Adakah ranjau sama erti dengan periuk api? Jika ya, adakah ranjau padanan sesuai untuk 'landmine'/'mine'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ranjau ialah
1. Benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yg dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang.
2. Sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut).
3. Sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang atau tipu daya.

Manakala maksud land mine pula ialah bermaksud ranjau letupan darat dan maksud mine pula ialah lombong atau periuk api
Makna23.10.2018
"Double Boiler" ialah Periuk Berlapis. Jadi, apakah istilah yang boleh diterima untuk 'double boiled" atau 'double boiling"? Bolehkah "Dididih Berlapis/Bertindih" atau "Pendidihan Berlapis/Bertindih" diterima? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "double boiled" atau "double boiling" ialah didihan berlapis.Istilah29.03.2017
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Apakah perbezaan kata menanak dan merebus? Adakah kata menanak boleh digunakan pada ubi. Contohnya :Kakak sedang menanak ubi di dalam periuk.Secara lazimnya menanak hanya digunakan untuk proses memasak nasi conton menanak nasi manakala rebus boleh digunakan selain daripada itu contohnya merebus ubi.Tatabahasa16.09.2007
12

Kembali ke atas