Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : bekas bulat drpd aluminium dll tempat memasak nasi (gulai dsb). ~ api bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. ~ belanga berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. ~ nasi a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. ~ tekanan sj periuk logam yg bertutup dan kedap udara, di dlmnya makanan (spt daging) boleh dimasak atau dilembutkan dgn cepat, dgn menggunakan wap yg mempunyai tekanan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kukut[ku.kut]kata kerjamengikis sesuatu yang melekat pada sesuatu (seperti kerak nasi yang melekat pada periuk).Kukuk kerak nasik dengan sudu besi.[ku.kut k«.ÄA/ nA.si/ d«.NAn su.du b«.si]Kikis kerak nasi yang melekat pada periuk itu dengan sudu besi.
tenggek[tEN.gE/]kata kerjaletak.Jangan tenggek periok tu kat meja.[dZA.NAn tEN.gE/ p«.Äi.jo/ kAt mE.dZA]Jangan letak periuk itu di atas meja.
sapan[sA.pAn]kata adjektif1. habis.Sapan nasik dalam periok tu.[sA.pAn nA.si/ dA.lAm p«.Äi.jo/ tu]Habis nasi dalam periuk itu.
kupi[ku.pi]kata namabekas daripada logam yang berbentuk kecil (seperti tin sardin, susu, rokok).Periok tu kecik, masak nasik due kupi dah le.[p«.Äi.jo/ tu k«.tSi/ mA.sA/ nA.si/ du.w« ku.pi dAh l«]Periuk itu kecil, masak nasi dua kupi sudahlah.
   2. berkenaan keadaan nasi yang keras kerana kurang air.Tambah ae siket dalam periok tu, nasik takot keseng.[tAm.bAh Ae si.ket dA.lAm p«.Äi.jo/ tu nA.si/ tA.kot k«.seN]Tambah sedikit lagi air ke dalam periuk, supaya nasi tidak keras.

Kembali ke atas