Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : bekas bulat drpd aluminium dll tempat memasak nasi (gulai dsb). ~ api bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. ~ belanga berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. ~ nasi a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. ~ tekanan sj periuk logam yg bertutup dan kedap udara, di dlmnya makanan (spt daging) boleh dimasak atau dilembutkan dgn cepat, dgn menggunakan wap yg mempunyai tekanan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIUK KERA

Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan

hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk

yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera

adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan

serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti

lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat

makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat

Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di

kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang

diperlukan daripada tanah. Serangga yang

diperangkap memberikan nitrogen tambahan

kepada tumbuhan ini.

UMUM 
PERIUK API

Periuk api ialah alat letupan yang digunakan

dalam peperangan untuk membunuh tentera

musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal,

dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh.

Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang

terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila

dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api

direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari

tempatnya atau disentuh. Periuk api yang

diletakkan di dalam air boleh meletup akibat

daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan

kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan

alat kawalan jauh.

UMUM 
PENYAPU PERIUK API UMUM 
TANJUNG PERIUK

TANJUNG PERIUK, pelabuhan terbesar di Indonesia, terletak di pantai utara pulau Jawa iaitu di Teluk Jakarta.  Pelabuhan ini dibuka pada tahun  1877 oleh pemerintah Belanda, bagi menggantikan Sunda Kelapa yang tidak lagi dapat menampung kemasukan kapal dagang yang begitu banyak.  Pelabuhan Tanjung Periuk terletak di sebelah timur Sunda Kelapa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KETUHAR BELANDA

Ketuhar belanda ialah periuk masak bertutup

yang dibuat daripada logam. Ketuhar belanda

moden biasanya dibuat daripada aluminium.

UMUM 
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM 
MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG

MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG, makanan yang dimasak di atas bara api atau didiangkan pada api yang sedang menyala. Membakar makanan boleh juga di dalam ketuhar, atau di dalam periuk dengan bara api di atas dan di bawah periuk tersebut.

BUDAYAMakanan
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan
NORHISHAM MUSTAFANORHISHAM MUSTAFA (1950 -       ), penulis. Dia lahir pada 28 Mei 1950 di Kampung Bakat, Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Lemal dan kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu. Dia pernah bertugas sebagai penyunting Mingguan Kota Bharu sebelum menjadi penulis sepenuh masa.

 

SASTERATokoh
TUDUNG SAJI

TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas